BERITA TERKINI   Insentif pembajakan kepada pesawah sebanyak RM300 sehektar mula disalur hari ini - Akmal Nasrullah | Kadar inflasi Malaysia masih sederhana, terkawal berbanding beberapa negara serantau dan ekonomi utama dunia - Akmal Nasrullah | Lima subsektor pembuatan paling terkesan ialah automotif & komponen, makanan & minuman, plastik & pembungkusan, kimia & petrokimia serta E&E - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Trend harga barang dan bahan makanan masih stabil - Akmal Nasrullah | Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri dan pasaran buruh - Akmal Nasrullah | 

Terdapat 175 berita berdasarkan kata kunci carian "intel"

Duta AS Kagan Gesa Pelabur Amerika Teroka, Kembang Peluang Ekonomi Di Seluruh Malaysia

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pelabur Amerika digalakkan untuk meneroka dan mengembangkan pelaburan mereka di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, dan tidak terhad kepada hab sedia ada seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. 

Dassault Systemes, Nvidia Bekerjasama Bina Platform AI Perindustrian

HOUSTON (Amerika Syarikat), 3 Feb (Bernama) -- Perisian terkemuka Perancis, Dassault Systemes dan Nvidia telah menjalin perkongsian strategik jangka panjang untuk membangunkan seni bina perindustrian bersama bagi kecerdasan buatan (AI) yang penting, bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan "kembar maya" (virtual twind) berasaskan sains merentasi pelbagai industri.

IPP Pembuatan Malaysia Capai Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Bulan Pada Januari - S&P Global

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan keseluruhan kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan iaitu 50.2 pada Januari 2026 daripada 50.1 yang direkodkan pada Disember 2025.

Malaysia Perlu Pantas Terjemah Inovasi Kepada Penerimagunaan Perusahaan - Chang

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu bergerak pantas menterjemah inovasi untuk digunakan perusahaan, meningkatkan produktiviti dan daya saing negara susulan peningkatan pesat kumpulan syarikat pemula teknologi serta kesediaan menggunakan teknologi digital.

Adex Media Dijangka Menguncup Lebih Sederhana Pada 2026 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan penguncupan yang lebih sederhana dalam perbelanjaan pengiklanan media (adex) tahun ini, disokong oleh kesan asas yang rendah dan peningkatan aktiviti pemasaran bersempena acara-acara sukan utama.

IPO : Semico Capital Catat Premium 80 Peratus, Kumpul Modal RM23.2 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) --  Semico Capital Bhd mencatat kemunculan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan harga pembukaan 45 sen, sekali gus mencapai premium 80 peratus berbanding harga tawaran permulaan awam (IPO) pada 25 sen sesaham.

MIVSB, ACSB Bekerjasama Perluas Teknologi Mendalam Malaysia Ke Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- MIMOS International Venture Sdn Bhd (MIVSB) menjalinkan kerjasama strategik dengan ALAA Consultancy (M) Sdn Bhd (ACSB) bagi memperluas teknologi mendalam Malaysia ke pasaran global.

PMI Pembuatan Malaysia Bagi Disember Kekal Pada 50.1, Bukti Pengukuhan Kecil - S&P Global

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global 2025 bagi Disember 2025 yang diselaraskan secara bermusim, kekal tidak berubah pada 50.1 berbanding bulan sebelumnya.

Sektor Penerbangan Malaysia Melonjak Ke Kemuncak Baharu Pada 2025, Pencarian MH370 Disambung 30 Dis

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ketika 2025 hampir melabuhkan tirai yang sarat membawa pelbagai peristiwa penting dalam sektor penerbangan, berita mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang akan disambung semula pada 30 Disember ini dijangka mencuri tumpuan pada 2026.

Dassault Systemes Perluas Kerjasama AI Pacu Ekonomi Malaysia Berteraskan Inovasi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Dassault Systèmes mempertingkat kerjasamanya dengan industri dan kerajaan Malaysia untuk mempercepat penggunaan teknologi kembar maya (virtual twin) dan kecerdasan buatan (AI) generatif, meletakkan negara dalam fasa baharu transformasi industri dan aeroangkasa di bawah Pelan Tindakan AI Kebangsaan.

MED4IRN Setuju Tubuh Unit Transformasi Digital Di Setiap Kementerian - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) hari ini bersetuju menubuhkan Unit Transformasi Digital (DTU) di setiap kementerian serta mempercepat pendaftaran MyDigital ID, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Snowflake Tingkat Kerjasama Dengan AWS, Anthropic, Accenture Pacu Pengembangan AI

Daripada Siti Noor Afera Abu

LAS VEGAS, 4 Dis (Bernama) -- Syarikat pengkomputeran awan berpangkalan di Amerika Syarikat, Snowflake, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Amazon Web Services (AWS), Anthropic dan Accenture bagi memperluas perkhidmatan serta keupayaan kecerdasan buatannya (AI).