BERITA TERKINI   Cuaca panas: Sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang, Kedah laksana PdPR tiga hari bermula esok hingga Selasa — JPN Kedah | 

Terdapat 56 berita berdasarkan kata kunci carian "grid kuasa"

Sarawak Tingkatkan Pengeluaran Hidrogen Hijau Komersial - Abang Johari 

KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

​​​​​​​ASEAN Giatkan Strategi Hijau, Digital Di Tengah-tengah Dinamik AS-China - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- ASEAN sedang mempergiatkan inisiatif tenaga hijau dan inovasi digital untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan dan mengekalkan peranannya dalam perdagangan global di tengah-tengah dinamik AS-China yang berkembang.

Kepengerusian ASEAN: PETRA Pacu Agenda Tenaga, Rapatkan Jurang & Bina Kemakmuran

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan tema mesyuarat sektor tenaga ASEAN 2025 iaitu “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity”.

Sebagai Pengerusi ASEAN Malaysia Beri Tumpuan Kepada Tenaga, Ketersambungan - PM Anwar

DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia menyasar untuk memberi keutamaan kepada tenaga dan ketersambungan dengan tumpuan membina kepercayaan dan keterangkuman dalam kalangan negara anggota.

Malaysia Gesa EU Tingkatkan Sokongan Dalam Pembiayaan Iklim, Inisiatif Hijau

Daripada D.Arul Rajoo

BRUSSELS, 20 Jan (Bernama) -- Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui pembiayaan iklim yang lebih tinggi, pelaburan hijau, bantuan teknikal, dan inisiatif pembinaan kapasiti.

Pertumbuhan Tenaga Solar Perkasa Masa Depan Tenaga Malaysia

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Sektor tenaga Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang ketara tahun ini, dipacu oleh insentif yang memangkin pemain industri untuk terlibat dalam usaha sama tenaga hijau baharu terutamanya sistem solar.

Sistem Kojana Tingkatkan Kecekapan Tenaga Lebih 70 Peratus, Melestarikan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Sistem gabungan haba dan kuasa (CHP) atau ‘kojana’ yang menghasilkan tenaga elektrik dan haba berguna secara serentak daripada sumber tenaga sama, mampu meningkatkan kecekapan tenaga lebih daripada 70 peratus, menghasilkan penjimatan kos tenaga yang ketara dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar bagi tempoh jangka panjang.

Malaysia Miliki Potensi Sebagai Hab Serantau Bagi Pengeluaran, Inovasi EV - Fadillah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan inovasi kenderaan elektrik (EV), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Akan Lancar Bidaan TBB Rentas Sempadan Bagi Singapura Pada Akhir Tahun - Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.