Terdapat 995 berita berdasarkan kata kunci carian "donald trump"

Ringgit Ditutup Mengukuh Pada 3.97 Apabila AS-Iran Setuju Gencatan Senjata

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh pada 3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, apabila wujud semula optimisme selepas AS dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata konflik Asia Barat selama dua minggu.

Niaga Hadapan Getah Ditutup Bercampur-campur Selepas Ringgit Mengukuh

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, selepas dipengaruhi oleh kelemahan dalam niaga hadapan serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.

Ringgit Pulih Kepada 3.99 Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Positif Pasaran

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh ke paras 3.99 berbanding dolar AS, disokong sentimen pasaran yang bertambah baik selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan tindakan ketenteraan selama dua minggu terhadap Iran susulan rundingan dengan pemimpin Pakistan.

Ringgit Ditutup Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Konflik Berterusan Asia Barat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur terus berwaspada dalam persekitaran konflik yang berterusan di Asia Barat.

Krisis Asia Barat Meruncing Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah bagi hari keempat berturut-turut susulan pendirian pelabur yang lebih bertahan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang meruncing.

Pasaran Getah Terus Catat Kenaikan Pada Penutup Dagangan

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan momentum kenaikannya untuk ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh peningkatan niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang tinggi dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS, Kukuh Dalam Kalangan Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa, namun mengukuh berbanding mata wang utama lain, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan ketidaktentuan berterusan pada peringkat global dijangka dapat dilihat dalam masa terdekat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberikan tempoh 48 jam kepada Iran untuk membuka semula Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Konflik Asia Barat Jejaskan Sentimen

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan ketegangan di Asia Barat serta ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh mata wang Amerika Syarikat (AS) itu yang rendah dalam ketidaktentuan geopolitik yang berlanjutan di Asia Barat.