16hari ago
PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter demi untuk rakyat Malaysia meskipun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Timur Tengah.
17hari ago
PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Pencapaian mutakhir ekonomi negara yang membanggakan, termasuk prestasi ringgit yang disifatkan antara terbaik di Asia, adalah hasil pembaharuan tatakelola dan usaha berterusan membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam.
17hari ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 28 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti secara menyeluruh kesan terhadap ekonomi negara susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pengumuman dividen sebanyak 6.15 peratus bagi simpanan konvensional dan shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tahun 2025 mencerminkan kecekapan pengurusan pelaburan dana simpanan persaraan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pelaburan Google sebanyak US$2 bilion (US$1 = RM3.90) di Malaysia menunjukkan kemajuan yang pesat dan melebihi jangkaan awal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
21hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah & Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai negara yang sebahagian besarnya berorientasi eksport tidak boleh bergantung semata-mata kepada pelarasan tarif untuk meningkatkan daya saing sebaliknya perlu mempelbagaikan asas eksport, kata Ahli Ekonomi Nadia Jalil.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Isu berkaitan aliran masuk pelaburan ke negara ini antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb -- Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam memutuskan pendirian Malaysia berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pengembangan perniagaan dan pengukuhan perkongsian Ant International dengan syarikat tempatan selaras dengan kerangka untuk mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi serta membina keupayaan dalam meningkatkan tahap ekonomi digital negara.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion dan mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa memanfaatkan kestabilan ekonomi pada masa ini, didorong pengukuhan ringgit untuk memperkukuh institusi dan menjamin pertumbuhan mampan dalam tempoh lima tahun akan datang, berbanding mengejar perkembangan pesat.
27hari ago
GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar US disifatkan sebagai perkembangan positif ekonomi Malaysia sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat dan sektor perniagaan serta pelaburan negara.