Terdapat 405 berita berdasarkan kata kunci carian " ucapan"

Malaysia Imbangi Pertumbuhan Pusat Data Dengan Pengurusan Air Dan Tenaga Yang Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia secara proaktif menguruskan penggunaan air yang tinggi dengan menyemak semula struktur tarif untuk industri berat dan mempromosikan air kitar semula dan teknologi penyejukan di peringkat daerah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan Catat Jualan Tahunan RM39.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) mencatatkan jualan tahunan sebanyak RM39.5 bilion pada 2024, peningkatan 20 peratus berbanding 2023.

Mah Sing Akan Bangun Tanah Perdana Di Pulau Pinang Dengan Unjuran GDV RM528 Juta

GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd merancang untuk melaksanakan projek pembangunan bercampur baharu, M Cora di tanah yang baru dibelinya di Pulau Pinang dengan unjuran nilai pembangunan kasar (GDVRM528 juta.

Usaha Kerajaan Tingkatkan Kerencaman Ekonomi Berjaya - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk meningkatkan kerencaman ekonomi negara telah berjaya dengan mengambil kira prestasi sektor ekonomi berdaya saing yang diunjurkan pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Kewangan II yang juga memangku tugas Menteri Ekonomi Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Perak Catat Pelaburan Bernilai RM6.25 Bilion Libatkan 203 Projek Setakat Jun Lepas - Saarani

KUALA KANGSAR, 9 Nov (Bernama) -- Negeri Perak mencatatkan pelaburan bernilai RM6.25 bilion melibatkan 203 projek yang berpotensi menjana lebih 5,000 peluang pekerjaan setakat Jun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Penganjuran MotoGP Malaysia Pada 2024 Bawa Pulangan Ekonomi RM694 Juta - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) - Penganjuran MotoGP Malaysia pada 2024 membawa pulangan ekonomi yang signifikan dianggarkan mencecah RM694 juta dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Pelan Tindakan ACMF 2026-2030 Jadikan ASEAN Sebagai Hab Pelaburan Bertanggungjawab - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pelan Tindakan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2026-2030 yang dilancarkan hari ini akan menjadikan rantau ini sebagai destinasi kepada pelaburan yang bertanggungjawab untuk tempoh jangka panjang.

AICB Gesa Kerjasama Rentas Sempadan Lebih Kukuh Untuk Perangi Peningkatan Kadar Jenayah Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kadar jenayah kewangan yang meningkat menggariskan keperluan mendesak untuk kerjasama rentas sempadan dan seluruh ekosistem bagi menangani ancaman itu, kata Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

Bursa Malaysia, AmInvest Lancar Dana ETF FTSE4Good Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan AmInvest hari ini melancarkan dana dagangan bursa (ETF) FTSE4Good Bursa Malaysia yang pertama dan satu-satunya di negara ini yang memenuhi kriteria pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI).

Perkukuh Kolaborasi, Kreativiti Dan Tatalaku Dalam Perangi Jenayah Kewangan -- Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa industri kewangan untuk memanfaatkan prinsip kolaborasi, kreativiti dan tatalaku dalam mendepani cabaran baharu serta melindungi integriti ekosistem kewangan.

Manfaatkan Pendigitalan Bagi Tingkatkan Ketelusan ESG, Tadbir Urus

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan pendigitalan untuk meningkatkan ketelusan data dalam pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), memperkukuh mekanisme tadbir urus bagi melonjakkan keyakinan pelabur, serta melabur dalam modal insan supaya tenaga kerja bersedia menggunakan teknologi tenaga masa depan.

GM Klang Kini Beroperasi Hingga 10 Malam Setiap Hari

KLANG, 1 Nov (Bernama) -- Pusat borong terbesar GM Klang secara rasmi melanjutkan waktu operasi baharu iaitu dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula malam ini.