15hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Propel Global Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Reservoir Link Energy Bhd bagi meneroka pembangunan loji jana kuasa gas modular di Sabah.
15hari ago
SINGAPURA, 3 Feb (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tambatan, Mooreast Holdings Ltd (Mooreast Holdings) mengumumkan kerjasama dengan unit Sime Darby Bhd, Sime Darby Joy Industries Sdn Bhd, mengenai peluang perniagaan luar pesisir, termasuk tenaga boleh baharu (TBB).
16hari ago
SEPANG, 2 Feb (Bernama) -- Penilai bebas sistem tren mengesahkan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi mengikut perancangan, dan gangguan perkhidmatan semasa fasa awal pengoperasian lazim berlaku untuk sistem yang kompleks.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mahu mengekalkan pengeluaran domestik kira-kira dua juta tong setara minyak sehari (MMboe/d) dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui pelaburan berterusan dalam penerokaan, pembangunan laut dalam dan pemulihan minyak yang dipertingkatkan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- KLCCP Stapled Group yang terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd dan KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi kepada RM1.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM1.02 bilion pada tahun sebelumnya.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) masih berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meneliti sama ada konsep Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas boleh diterima sebagai sebahagian produk yang dibenarkan untuk pengeluaran oleh pencarum.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Industri insurans dan takaful Malaysia komited untuk memastikan sebarang tuntutan diproses secara cekap dan dibayar tepat pada masanya serta komunikasi yang jelas dengan pihak hospital bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat rawatan dengan segera.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Equinix Inc sedang aktif meneroka peluang-peluang di Malaysia dalam usahanya untuk memberi perkhidmatan dan memenuhi permintaan pelanggan masa depan dengan berkesan berikutan peningkatan minat dalam pasaran pusat data negara.
22hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Projek stesen janakuasa Rancha yang bakal dibina di sini dijangka dapat mengukuhkan lagi jaminan bekalan kuasa Labuan, menyelesaikan isu gangguan elektrik yang berlarutan dan meningkatkan daya tarikan pulau itu sebagai destinasi pelaburan.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, mencatatkan paras tertinggi baharu sejak 15 Mei 2018 dan aliran meningkat itu dijangka berterusan.
22hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Rancha Power Sdn Bhd hari ini mencatat satu pencapaian penting dalam pembangunan tenaga di Labuan menerusi majlis pecah tanah pembinaan loji jana kuasa berasaskan gas baharu berkapasiti 120 megawatt (MW).
23hari ago
LABUAN, 26 Jan (Bernama) -- Labuan perlu mencipta dan mengukuhkan identitinya untuk diiktiraf sebagai destinasi ekonomi yang unik serta berdaya saing, dan bukannya mencerminkan model pembangunan negeri atau wilayah lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Lo Su Fui.