2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia susut kepada 1.3 peratus pada Oktober 2025, berbanding 1.5 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Usahawan dan perniagaan di Selangor kini mempunyai asas yang kukuh dalam menggerakkan ekonomi berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), walaupun wujud isu pematuhan yang bukan sahaja berlaku di dalam negara.
2bulan ago
SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Sebanyak sembilan projek pelaburan bernilai RM5.52 bilion telah dilaksanakan di Selangor hasil promosi luar negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Oktober lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik, HE Group Bhd menyasarkan untuk mencapai prestasi kewangan lebih baik tahun depan, didorong lonjakan permintaan pusat data di Malaysia serta sentimen positif susulan pemindahan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini.
2bulan ago
SHAH ALAM, 20 Nov (Bernama) -- Selangor hari ini memberi penghargaan kepada pelabur domestik dan asing, bersama-sama dengan pihak berkepentingan utamanya atas sumbangan mereka kepada prestasi ekonomi negeri yang mantap menerusii Anugerah Penghargaan Pelabur Selangor (SIAA) 2023-2024.
2bulan ago
PETALING JAYA, 20 Nov (Bernama) -- Pengeluar upholsteri kulit automotif Pecca Group Bhd (PGB) sedang berusaha mencapai matlamatnya memiliki status pembekal Tahap-1 pada 2026, susulan pelancaran barisan pemasangan tempat duduk penuh yang dirancang awal tahun depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pembangunan industri nadir bumi (REE) akan melalui proses libat urus yang ketat di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan rantaian nilainya dibangunkan di dalam negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kira-kira 1.2 juta pertubuhan di seluruh Malaysia bakal terlibat dalam Banci Ekonomi 2026 (BE2026), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia telah menarik sebanyak RM285.2 bilion dalam pelaburan diluluskan dari Januari hingga September 2025 (9B 2025), peningkatan 13.2 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama pada 2024.
2bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Nov (Bernama) -- Johor terus mencatatkan jumlah pelaburan komited tertinggi sebanyak RM91.1 bilion sehingga suku ketiga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han.
2bulan ago
SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Jumlah kutipan hasil Selangor mencecah RM2.49 bilion setakat 13 November 2025 yang merupakan peningkatan lebih 106 peratus berbanding anggaran awal tahun penuh sebanyak RM2.35 bilion.
2bulan ago
SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.