1hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Selasa, sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan industri.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor domestik Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun pasaran tidak menentu dalam masa terdekat, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pelaburan Intel di Malaysia bakal berkembang dengan kompleks pembungkusan termaju dan pembuatan pemasangan akan bermula operasi pada lewat tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh kenaikan Wall Street dan disokong oleh pembelian meluas di pasaran serantau.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen global yang lebih baik apabila pelabur memberi reaksi positif terhadap perkembangan dalam pasaran minyak.
2hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, seiring kenaikan harga minyak mentah serta jangkaan eksport yang bertambah baik.
2hari ago
KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- AirBorneo mengekalkan tambang penerbangan tidak berubah walaupun kos bahan api global melonjak memandangkan syarikat penerbangan itu lebih mengutamakan sambungan berharga rendah untuk komuniti di Sarawak dan Sabah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin.
2hari ago
KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- AirBorneo merancang melancarkan operasi jet serantau dari Kuching pada Julai ini menggunakan tiga pesawat Boeing 737-800 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas rangkaian penerbangan syarikat itu di luar jaringan sedia ada.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 92.62 peratus setakat Februari 2026, selari dengan jadual penyiapan jajaran Kota Bharu, Kelantan ke Gombak, Selangor menjelang akhir tahun ini seterusnya beroperasi secara komersial bermula Januari 2027.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Advancecon Holdings Bhd (Advancecon) melantik bekas Ketua Polis Negara ke-14, Tan Sri Razarudin Husain sebagai Pengerusinya bagi menggantikan Yeoh Chong Keat berkuatkuasa hari ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia berkata Pharmaniaga Bhd akan dikeluarkan daripada status PN17 berkuat kuasa 9 pagi esok.
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin apabila pedagang dilihat bersikap berhati-hati menjelang kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengambil pendekatan lebih agresif dalam mesyuarat minggu ini.