19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.
20hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah bagi hari keempat berturut-turut susulan pendirian pelabur yang lebih bertahan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang meruncing.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan pasaran terus menilai semula kesan konflik berpanjangan di Asia Barat.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih untuk dibuka lebih tinggi pada Selasa, seiring kenaikan semalaman di Wall Street.
21hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dengan indeks penanda aras susut 0.86 peratus berikutan kebimbangan terhadap ketegangan yang memuncak di Asia Barat meningkat.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan ketidaktentuan berterusan pada peringkat global dijangka dapat dilihat dalam masa terdekat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberikan tempoh 48 jam kepada Iran untuk membuka semula Selat Hormuz.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan ketegangan di Asia Barat serta ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari, susulan prestasi bercampur-campur di pasaran serantau berikutan ketidakpastian mengenai kesan krisis Asia Barat.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal pada Jumaat berikutan pelabur menilai risiko daripada konflik di Asia Barat yang berterusan.
25hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dengan indeks utama berakhir pada paras terendah harian apabila optimisme terhadap penamatan segera konflik Asia Barat menjadi suram susulan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pagi ini yang mencetuskan sentimen penghindaran risiko global.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis.