15hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter terpilih, seiring dengan penurunan semalaman Wall Street dalam sentimen berhati-hati global yang berterusan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong oleh faktor luaran apabila ketegangan geopolitik yang mereda meningkatkan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana serta isyarat bercampur-campur daripada Wall Street semalaman.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan awalnya apabila ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan baru-baru ini.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus meneroka peluang pasaran dan perdagangan baharu secara agresif dengan kalangan negara berpotensi di samping mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu dalam persekitaran pandangan berbeza dalam kalangan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, walaupun pasaran emas di Bursa Komoditi New York (Comex) mencatatkan kenaikan.
18hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dipacu oleh belian saham murah, meneruskan pemulihannya daripada kemerosotan dicatatkan minggu lepas walaupun kehilangan momentum peningkatan selepas mencapai paras tertinggi pada sesi awal, kata seorang ahli ekonomi.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Harga emas dan perak dijangka terus meningkat dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang walaupun berdepan situasi tidak menentu jangka pendek didorong oleh perkembangan makroekonomi dan geopolitik global, kata Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.
21hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat yang positif pada julat 1,730 hingga 1,760 minggu hadapan, dengan paras sokongan segera pada 1,700.
21hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan momentum pengukuhannya, diniagakan dalam julat 3.93-3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur mengalihkan tumpuan terhadap pengumuman data penting AS bagi mendapat petunjuk baharu.