Terdapat 78 berita berdasarkan kata kunci carian " mohd uzir mahidin "

Malaysia Kaji Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Susulan Penerimagunaan SNA 2025

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka menghalusi unjuran pertumbuhan ekonomi susulan penerimagunaan Sistem Akaun Negara 2025 (SNA 2025) bagi meningkatkan ketepatan dan rangka kerja statistik yang lebih komprehensif, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

MRCA, DOSM Jalin Kerjasama Tingkatkan Analisis Data Sektor Peruncitan

PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) -- Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bekerjasama untuk mempertingkatkan pengumpulan dan analisis data dalam sektor runcit.

Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Tujuh Negeri Melepasi Kadar Nasional 81.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sebanyak tujuh negeri melepasi kapasiti penggunaan industri pembuatan bagi kadar nasional pada 81.9 peratus bagi suku keempat 2024 berbanding 79.9 peratus untun tempoh sama pada 2023, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 5.1 Peratus Kepada 38,299 Tan Pada Disember

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia turun 5.1 peratus kepada 38,299 tan metrik pada Disember 2024 daripada 40,341 tan metrik pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perdagangan Borong Dan Runcit Naik 5.5 Peratus Kepada RM1.77 Trilion - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM1.77 trilion pada 2024 selepas mencatatkan RM152.2 bilion pada Disember, naik 5.5 peratus dari tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Permintaan Tenaga Buruh Meningkat 70.4 Peratus, Kadar Pengangguran Turun 3.3 Peratus Pada 2024 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.

Indeks Pengeluaran Perindustrian Naik 4.6 Peratus Pada Disember 2024

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat sebanyak 4.6 peratus bagi Disember 2024, dipacu oleh pengembangan dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Harga Eksport, Import Malaysia Meningkat Pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Harga eksport Malaysia pada Disember 2024 meningkat 1.1 peratus kepada 150.7 mata berbanding 149.1 mata dalam bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Meningkat 0.5 Peratus Pada Disember 2024

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, meningkat secara perlahan pada 0.5 peratus tahun ke tahun bagi  Disember 2024 selepas susut 0.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Pulau Pinang Kekal Pengeksport Utama Bagi Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 38.0 peratus daripada jumlah eksport negara, demikian menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi Malaysia Sederhana Kepada 1.7 Peratus Pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR 22 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

KDNK 2024 Malaysia Dijangka Cecah 5.1 Peratus Berbanding 3.6 Peratus Pada 2023

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).