3bulan ago
GENTING HIGHLANDS, 5 Dis (Bernama) -- Sektor minyak sawit boleh menjadi penyumbang utama ke arah matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, dan bukannya sebagai liabiliti, kerana ladang kelapa sawit matang menyerap sejumlah besar karbon dioksida (CO2).
4bulan ago
SEREMBAN, 4 Dis (Bernama) -- Eco Business Park VII (EBP7), hab perindustrian bersepadu generasi seterusnya di Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0), menganjurkan acara ‘EcoWorld Connects: Business Ascend Forum’ yang menghimpunkan kalangan pakar industri serta rakan perniagaan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Syarikat perniagaan di Malaysia adalah antara yang paling berkeyakinan di peringkat global dengan 92 peratus menjangkakan pertumbuhan dalam dua tahun yang akan datang, mengatasi purata global sebanyak 87 peratus, menurut HSBC Global Trade Pulse Survey.
4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia mencatat pertumbuhan eksport yang melonjak 15.7 peratus tahun ke tahun kepada RM148.32 bilion dan tertinggi pernah diraih, hanya membuktikan keberkesanan strategi lindung nilai geoekonomi negara, kata Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.
4bulan ago
GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang sedang menuju ke arah pengembangan yang pesat dalam sektor pelancongan kapal persiaran, dengan jumlah penumpang dijangka meningkat sebanyak 47 peratus pada 2026.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Johor Capital Group (JCG) hari ini memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan HGC Global Communications Ltd (HGC) dan Legan Group (Legan) yang berpangkalan di Hong Kong.
4bulan ago
JOHOR BAHRU, 19 Nov (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT), SD Guthrie Land Ventures Sdn Bhd (SDGLV) dan Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah membentuk perkongsian kerjasama strategik untuk membangunkan taman perindustrian bersepadu utama di Kulai, Johor.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Tindakan pemeteraian perjanjian dengan mana-mana negara lain tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan China yang terus utuh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
4bulan ago
ALOR SETAR, 18 Nov (Bernama) -- Prinx Tire (Malaysia) Sdn Bhd (PTM) akan melaksanakan pelaburan kumulatif berjumlah RM2.6 bilion dalam tempoh 15 tahun untuk membangunkan sebuah kilang pengeluaran tayar pintar dan mesra alam di Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, dekat sini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia telah menarik sebanyak RM285.2 bilion dalam pelaburan diluluskan dari Januari hingga September 2025 (9B 2025), peningkatan 13.2 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama pada 2024.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menerajui pembangunan sistem tenaga yang terjamin, mampu milik dan rendah karbon di Asia Tenggara dengan menggabungkan dasar yang stabil, projek boleh labur, infrastruktur moden serta modal insan berkemahiran.
4bulan ago
SEREMBAN, 12 Nov (Bernama) -- Pembangunan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah yang turut merangkumi Negeri Sembilan mampu memajukan lagi sektor perindustrian dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri.