Terdapat 79 berita berdasarkan kata kunci carian " khazanah nasional"

Tempahan Pesawat Baharu MAG Kukuhkan Komitmen Untuk Pertumbuhan - PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) membuat tempahan tinggi melibatkan 30 pesawat Boeing 737, meliputi 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 dengan kuasa enjin CFM LEAP-1B, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tokenisasi Bon Dan Sukuk Akan Diperkenal Tahun Ini - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Tokenisasi bon dan sukuk, yang bertujuan untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran modal Malaysia, dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.

Wartawan Bernama Penerima Anugerah KRP Wolfson Press Fellowship 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penolong Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Niam Seet Wei dinamakan sebagai penerima anugerah biasiswa Program Residensi Khazanah Nasional Bhd (KRP) Wolfson Press Fellowship 2025.

SC: Perdagangan Kripto Dorong Pertumbuhan Aset Digital Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Peningkatan ekosistem aset digital di Malaysia mencerminkan semakin tinggi tahap kesedaran pelabur tempatan terhadap kelas aset baharu, khususnya aktiviti perdagangan aset kripto, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

GLIC Disaran Buat DDI RM120 Bilion Dalam Lima Tahun Untuk Pacu Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dividen Yang Kukuh Bukti Daya Tahan KWSP - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Jana Masa Depan Malaysia, 60 Peratus Keuntungan Disalurkan Kembali Kepada Rakyat - TNB

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memacu daya tahan ekonomi dan jaminan bekalan tenaga Malaysia susulan pengumuman prestasi kewangan yang kukuh dan mampan bagi tahun 2024. Apa yang lebih penting lagi, kejayaan itu diterjemahkan kepada manfaat sebenar untuk rakyat.

Pelaburan Domestik GLIC Perkukuh Ekonomi, Berdaya Tahan Terhadap Kesan Luar

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Usaha pelaburan domestik strategik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kian penting selain berperanan memperkukuh ekonomi negara serta menjadi daya tahan terhadap kesan luar.

Nyahsenarai MAHB Selepas 25 Tahun: Anjakan Penting Bagi Penyusunan Semula

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Esok merupakan anjakan penting bagi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) apabila syarikat itu akan nyahsenarai daripada Bursa Malaysia susulan langkah penyusunan semula oleh konsortium Gateway Development Alliance (GDA).

Penjualan Saham MAHB Tidak Jejas Aspek Keselamatan Negara - MOT

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan bahawa penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menjejaskan aspek keselamatan berdasarkan komitmen dan kerjasama antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAHB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik.

MAHB Akan Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 25 Feb 2025

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Pelan Tindakan JS-SEZ Dijangka Siap Pada Suku Ketiga 2025 - Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kerajaan sedang menyediakan Pelan Tindakan Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan ia dijangka siap pada suku ketiga 2025.