10hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia disaran terus proaktif bagi memastikan Selat Melaka kekal bebas daripada sebarang ketegangan geopolitik, memandangkan kepentingannya sebagai antara laluan perdagangan dan tenaga global yang kritikal.
11hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia bertindak pantas melaksanakan langkah-langkah bantuan bersasar bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan operasi di tengah-tengah krisis tenaga global yang dicetuskan oleh konflik di Asia Barat.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pemberian peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan liputan dipertingkat kepada 80 peratus serta kelonggaran transisi e-Invois selama 12 bulan disifatkan lebih baik berbanding pemberian moratorium pinjaman secara pukal.
11hari ago
JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Krisis di Asia Barat menjadi peringatan kepada negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia, mengenai keperluan memperkukuh dan mempelbagaikan keselamatan tenaga serta kerjasama dalam perdagangan dan rantaian bekalan.
11hari ago
PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat antaranya peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
11hari ago
LABUAN, 20 April (Bernama) -- Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Labuan selepas menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) pertubuhan itu pada Ahad.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co Ltd bagi memperkasa penggunaan robotik kecerdasan buatan (AI) fizikal dalam sektor hospitaliti, hiburan dan rekreasi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Hong Kong Productivity Council (HKPC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama industri serta meningkatkan produktiviti dalam kalangan pengilang di kedua-dua ekonomi.
12hari ago
IPOH, 19 April (Bernama) -- Usahawan Melayu digesa memperkasa perniagaan melalui medium digital susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat ketika ini, kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Datuk Mustaffa Kamil Ayub.
12hari ago
JOHOR BAHRU, 19 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor mengguna pakai pendekatan yang direka khusus mengikut keperluan bagi memenuhi permintaan dan menarik pelaburan terutamanya di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
13hari ago
KOTA BHARU, 18 April (Bernama) -- Program Agrobank Upward Migration (AUM) terus memperkasakan usahawan tempatan apabila peserta dari Kelantan mencatat peningkatan jumlah jualan melebihi RM6 juta, sekali gus mencerminkan pertumbuhan perniagaan yang memberangsangkan hasil bimbingan dan sokongan berterusan Agrobank.