25hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd meningkat kepada RM513.03 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding RM415.62 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya selepas dipacu oleh kesan gabungan pertumbuhan hasil yang kukuh dan pengurusan kos yang berdisiplin di sepanjang rantaian nilai.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan membubarkan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berstatus dorman selepas syarikat terbabit menyelesaikan isu berkaitan obligasi kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat kepada RM1.10 bilion daripada RM1.09 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2024.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- MISC Bhd mencatatkan untung bersih RM1.70 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, meningkat daripada RM1.19 bilion pada tahun sebelumnya.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.14 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada untung bersih sebanyak RM1.17 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan telah merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM118.82 juta bagi tahun kewangan 2025 yang berakhir pada 31 Dis, 2025, peningkatan sebanyak 16 peratus daripada RM102.45 juta pada tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Industri perbankan telah mengekalkan asas yang kukuh dan hasil dividen yang baik berikutan kestabilan geopolitik dan ekonomi Malaysia yang terus memacu aliran masuk asing, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melakar sejarah apabila merekodkan keuntungan tertinggi selama dua tahun berturut-turut, masing-masing RM227 juta pada 2024 dan RM201 juta pada 2025, selepas berdepan kerugian besar dalam tempoh dua tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi pada RM1.51 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025) berbanding RM1.38 bilion, setahun lepas.