1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit selepas aktiviti belian pada saat akhir menyebabkannya meningkat ke paras tertinggi hari ini iaitu 1,712.33 ketika ditutup dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan dan pelaburan infrastruktur yang kukuh, kata Ketua Ekonomi Asia HSBC Frederic Neumann.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 didorong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dan ekonomi domestik yang rancak, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari Isnin, ditekan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya susut susulan laporan mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif baharu ke atas lapan negara Eropah membabitkan isu Greenland.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi kukuh semalaman di Wall Street dan sentimen tempatan yang lebih baik menjelang anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 yang akan dikeluarkan hari ini.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah di kaunter perkhidmatan kewangan berwajaran tinggi telah menyokong indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya dan melonjak ke ke paras tertinggi intra harinya, hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan FBM KLCI mencecah paras 1,730 menjelang akhir 2026 di bawah senario realistiknya, manakala berdasarkan senario optimistik indeks utama itu dijangka meningkat kepada 1,850.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup 0.2 peratus lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh aliran masuk portfolio yang mampan ke dalam bon dan ekuiti Malaysia, mencerminkan keyakinan terhadap pertumbuhan permintaan domestik, tetapan dasar yang stabil dan hasil sebenar yang menarik.
1bulan ago
KUALA PILAH, 14 Jan (Bernama) -- Negeri Sembilan dijangka mampu meningkatkan aliran masuk pelaburan sehingga mencecah RM8 bilion menerusi pelbagai sektor tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia dijangka menyaksikan aliran masuk bersih pelaburan asing tahun ini berikutan keyakinan pelabur yang meningkat, didorong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.3 peratus pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang berterusan dan aktiviti pelaburan yang mampan, selain didorong oleh permintaan kukuh bagi produk elektrik dan elektronik serta infrastruktur pusat data.