8bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula agregat US$1.24 bilion (US$1=RM4.318) sukuk jangka pendek masing-masing bagi tempoh satu, tiga, enam dan 12 bulan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai sasaran penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.
9bulan ago
SEREMBAN, 29 April (Bernama) -- Negeri Sembilan mencatatkan pelaburan berjumlah RM7.25 bilion tahun lepas, dengan 208 projek diluluskan meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama pelbagai kementerian tahun lepas, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bin Zayed International (M) Bhd (BZI) akan melabur US$500 juta untuk membangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan mampan -- kemudahan bersepadu pertama di dunia di Pelabuhan Klang -- yang akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan bagi pengeluaran bahan api penerbangan bersih.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk melaksanakan rangka kerja dasar bagi mengurangkan kos dan meningkatkan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF), dengan alasan bahawa jumlah SAF masih jauh di bawah paras ideal selain kos pengeluarannya yang masih tinggi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Airbus dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) memeterai satu perjanjian kerjasama penyelidikan dan teknologi bagi meneliti rantaian bekalan bahan api penerbangan mampan (SAF) di serata Asia Pasifik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah melancarkan Daftar Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).
10bulan ago
PERTH, 25 Mac (Bernama) -- Perjalanan udara Asia Pasifik meningkat semula melepasi paras prapandemik, dipacu oleh permintaan kukuh, pertumbuhan ekonomi global dan peningkatan jumlah penumpang, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) memperoleh aset berkualiti tinggi bernilai US$500 juta (AS$1 = RM4.435) dalam usaha mengembangkan asetnya untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap kertas Islam jangka pendek.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek dengan agregat US$1.21 bilion (US$1=RM4.41) melibatkan tiga tempoh berbeza masing-masing satu, tiga dan enam bulan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan dan mengutamakan trend perkapalan hijau untuk kekal relevan walaupun mempunyai kelebihan strategik di sepanjang Selat Melaka, kata perunding pengurusan global.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Gamalux telah meraih kejayaan yang ketara melalui pembinaan kilang baharunya di Pulau Indah, yang sedang berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang suku kedua 2025.