10hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Harga minyak global dijangka menurun kepada USS$66 setong pada suku kedua 2026 selepas mencatat paras lebih tinggi sekitar US$78 setong pada suku pertama 2026, sebelum beransur pulih menjelang akhir tahun, menurut BMI.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Risiko pengurangan kadar penggunaan bagi tanaman bijirin 2026/2027 di seluruh Asia Tenggara semakin meningkat, terutamanya apabila jendela penggunaan utama semakin hampir, menimbulkan risiko penurunan kepada pengeluaran, menurut BMI, sebuah unit Fitch Solutions.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah ketidaktentuan konflik yang berlanjutan selain diasak tekanan harga minyak.
10hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sekumpulan mata wang utama pada hari Rabu susulan sentimen risiko bertambah baik berikutan rundingan gencatan senjata berpotensi diadakan antara Amerika Syarikat dan Iran.
11hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pasaran global termasuk pasaran saham dan mata wang di Malaysia amat memerlukan segera isyarat jelas dan konsisten daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bagi mencapai keredaan berterusan dalam konflik Asia Barat serta memulihkan kestabilan, kata ahli ekonomi.
11hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati akibat ketidakpastian yang meningkat susulan perang yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat(AS)-Israel dan Iran, yang memberi kesan kepada sentimen pasaran.
11hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan minat risiko berkurangan apabila harapan terhadap keredaan konflik Asia Barat semakin pudar sekali gus menjejaskan sentimen.
11hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika ketidaktentuan membabitkan perang AS-Israel dan Iran terus memberi tekanan terhadap sentimen pasaran.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu menampilkan diri sebagai pilihan yang dipercayai dan meyakinkan tatkala pelabur sedang menilai semula risiko akibat krisis di Asia Barat, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan peningkatan semalaman Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran untuk menyerang loji janakuasa dan infrastruktur Iran.