23hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup lebih rendah pada tengah hari ini seiring dengan prestasi lemah di keseluruhan pasaran serantau, apabila pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman Belanjawan 2026 petang ini.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) memperuntukkan RM19 juta dari 2024 hingga 2026 bagi Projek Pemulihan Kebun Koko di seluruh Malaysia untuk meningkatkan taraf penanaman koko sebagai sumber utama ekonomi negara.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha memperkukuh ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam Belanjawan 2026.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bercadang membangunkan kawasan tanaman baharu koko di Sarawak bagi menjadikan negeri itu sebagai hab pengeluaran utama komoditi tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) – Bank-bank digital meminta kerajaan untuk mengutamakan pengagihan subsidi bersasar dan bantuan tunai dalam Belanjawan 2026 menerusi platform digital bank berkenaan yang mampu melaksanakan sistem penyampaian secara lebih adil dan cekap.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman sebanyak RM24.15 bilion kepada kerajaan negeri sehingga 31 Ogos 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Usaha kerajaan melaksanakan konsolidasi fiskal bagi mengurangkan kadar defisit telah berjaya menghasilkan penjimatan pinjaman sebanyak RM20 bilion bagi tempoh dua tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mengkaji dan meneliti cadangan memperkenalkan struktur baharu akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diwujudkan apabila pencarum mencapai umur persaraan minimum, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM38.3 juta bagi pelaksanaan Program Getah Terbiar (PGT) tahun ini yang memberi manfaat kepada hampir 8,890 pekebun kecil di seluruh negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Produktiviti pekerja Malaysia meningkat 2.4 peratus pada 2024 dengan nilai tambah per pekerja berjumlah RM99,265 berbanding RM96,914 pada tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan dijangka akan terus memfokuskan pada penyatuan fiskal walaupun menghadapi masalah luaran, kata OCBC Bank.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- “Apalah ertinya kemerdekaan sekiranya lautan kita, nadi kehidupan Malaysia sebagai sebuah negara maritim musnah dan tidak lagi dapat dipulihkan?”