BERITA TERKINI   Peratusan keluar mengundi PRK Kinabatangan, Lamag catat 33 dan 30 peratus setakat 11 pagi – Pengerusi SPR | Proses pengundian bagi PRK Kinabatangan dan Lamag berjalan lancar - Pengerusi SPR | PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari - SPR | Jangan bergantung kepada kartel yang menekan rakyat - PM Anwar | Kerajaan pastikan perolehan pertahanan tidak dikuasai kartel atau amalan ketirisan - PM Anwar | 

Terdapat 487 berita berdasarkan kata kunci carian " kenderaan"

Subsidi Bersasar RON95 Perlu Dibuat, Elak Ketirisan Subsidi - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya berikutan perbezaan harga petrol yang besar, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Hubungan Ekonomi Sweden-Malaysia Berkembang, FDI & Semikonduktor Pacu Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Sweden dan Malaysia telah berkembang pesat dengan pelaburan langsung asing (FDI) Sweden di Malaysia melonjak kepada US$1.43 bilion (US$1=RM4.37) sehingga kini berbanding hanya US$113 juta pada 2014.

Syarikat Sweden Sokong Peralihan Hijau Malaysia Dengan Pelaburan Mampan - Duta

Oleh Kisho Kumari Sucedaram & Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) - Syarikat-syarikat terkemuka Sweden yang telah melabur dalam pembangunan perindustrian Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan, meminjamkan kepakaran mereka dalam usaha peralihan ekonomi hijau negara dengan tumpuan kepada agenda kemampanan.

Pneumonia Sebab Kematian Utama Pada 2023 - DOSM

PUTRAJAYA, 29 Okt (Bernama) -- Pneumonia menjadi sebab kematian utama di Malaysia pada 2023 dengan 18,181 kematian direkodkan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

IOI Properties Majukan Rio City Bernilai RM12 Bilion Dalam Tempoh 12 Tahun

PUCHONG, 29 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah melancarkan pelan induk IOI Rio City, pembangunan bersepadu seluas 40.46 hektar (100 ekar) bernilai RM12 bilion dalam tempoh 12 tahun. 

ECERDC Komited Teruskan Usaha Tarik Pelaburan Nilai Tinggi Terutama Di Pahang - Hanifah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan melalui Majlis Pembangunan Wila­yah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan terus menumpukan usaha menarik pelaburan swasta dan merealisasikan projek pelaburan bernilai tinggi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terutama di Taman Teknologi Pahang (PTP) dan Taman Industri Halal Gambang (GHP).

Permintaan Terhadap LPG Di Asia Tenggara Dijangka Meningkat 2.0 Peratus - BMI

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Penggunaan gas petroleum cecair (LPG) di Asia Tenggara dijangka meningkat pada kadar purata 2.0 peratus setahun dari 2023 hingga 2033, menurut BMI, unit Kumpulan Fitch.

Proton e.MAS 7 Dibuka Untuk Tempahan, Berharga Mulai RM120,000

Oleh Muhamad Amir Aiman Azlan

SHAH ALAM, 26 Okt (Bernama) -- Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Penyasaran Subsidi RON 95: Pakar Ekonomi Cadang Kerajaan Tidak Ganggu Harga Pasaran

BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan dicadangkan menggunakan pendekatan yang tidak menganggu harga pasaran sedia ada dalam usaha melaksanakan penyasaran subsidi RON 95 supaya barangan keperluan di negara ini menjadi lebih mampu milik untuk rakyat.

Pasaran Kurier Malaysia Dijangka Cecah US$1.58 Bilion Pada 2025 - Teo

KUALA LANGAT, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran kurier, ekspres dan bungkusan Malaysia dijangka mencecah US$1.58 bilion (US$1=RM4.32) tahun depan, didorong oleh peningkatan permintaan e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

33,319 Unit xEV Dicatat Setakat 30 Sept - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Jumlah kenderaan elektrifikasi (xEV) telah mencecah 33,319 unit setakat 30 Sept 2024, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tuntutan Subsidi Diesel Berkurang 51.6 Peratus Pada Ogos Berbanding Mei -- Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Amaun tuntutan subsidi diesel oleh syarikat minyak bagi bulan Ogos 2024 telah berkurang sebanyak 51.6 peratus berbanding amaun tuntutan bagi bulan Mei 2024, sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel mulai 10 Jun 2024, kata Kementerian Ekonomi.