11bulan ago
PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia (SEGiM) menjadi bukti jelas tindakan Malaysia dalam mengambil langkah proaktif bagi membentuk ekosistem ekonomi gig yang lebih mampan dan inklusif.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM19 bilion jumlah deposit daripada produk Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.61 juta setakat 30 Sept lepas.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan ketika para pelabur bersiap sedia menghadapi keadaan pasaran yang tidak menentu menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia melihat sinergi yang besar antara ASEAN dan BRICS apabila negara mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, menggalakkan keterangkuman dan kemampanan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi September 2024 telah turun kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Ogos tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
11bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika awal dagangan pada Khamis, dalam keadaan ketidakpastian mengenai pilihan raya Presiden AS yang akan diadakan pada 5 November ini, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) akan meluluskan cadangan untuk menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga pada Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), biarpun sentimen berhati-hati ketara susulan perkembangan ekonomi global.
11bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan sebanyak RM20 juta untuk mengusahakan semula ladang getah milik persendirian yang terbiar dan RM60 juta bagi pengeluaran lateks di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah langkah penting ke hadapan untuk menyokong pertumbuhan dan kemampanan industri sarung tangan getah.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) melihat Belanjawan 2025 sebagai pengembangan sederhana, kerajaan menyasarkan untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan penyatuan fiskal.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt Bernama) -- Langkah kerajaan meningkatkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan perubatan kepada RM4,000 dilihat sebagai insentif perancangan kewangan yang baik.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang akan menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan serta mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.