4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat melepasi paras utama pada 1,600, disokong oleh sentimen positif daripada Wall Street.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh penarafan kredit berdaulat Malaysia yang positif dan data ekonomi tempatan yang kukuh.
4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan, bermula pagi ini bagi membincangkan usaha memperkukuh integrasi ekonomi serantau serta menangani isu utama perdagangan dan pelaburan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka terus mendatar dalam tempoh terdekat dengan kecenderungan meningkat disokong oleh minat belian berterusan dalam pasaran yang mencatatkan aliran rendah, kata penganalisis.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Jumaat disebabkan minggu dagangan yang singkat minggu ini, di bawah paras psikologi 1,600 mata susulan ketiadaan petunjuk kukuh.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit sebelum menyusut walaupun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman berikutan pelabur menilai perubahan dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat ke arah pelonggaran untuk merangsang pertumbuhan ekonomi berbanding membendung inflasi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Harga minyak bakal meraih manfaat daripada penurunan terkini kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang dijangka meningkatkan sentimen permintaan global, kata syarikat penyelidikan tenaga bebas, Rystad Energy.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM101.17 juta bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Julai, 2025 daripada RM80.44 juta bagi suku yang sama tahun lepas.
4bulan ago
Daripada V. Sankara
DILI (TIMOR-LESTE), 18 Sept (Bernama) -- Timor-Leste berhasrat untuk memperluas perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia, dengan memfokuskan kepada keterjaminan makanan, pertanian dan pelancongan berikutan usahanya dalam mengukuhkan kerjasama melalui integrasi ASEAN.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Momentum belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi perkhidmatan kewangan membantu Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada Rabu dengan indeks utama mengukuhkan kedudukannya melepasi paras psikologi 1,600.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu dagangan singkat dengan lebih positif hari ini, didorong oleh jangkaan ketara terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu, lewat malam ini.
4bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KUNMING (CHINA), 16 Sept (Bernama) -- Forum Kerjasama Media Belt and Road 2025 bermula hari ini, menghimpunkan lebih 200 wakil daripada 87 negara, pertubuhan antarabangsa dan serantau, serta 165 agensi media dan institusi dari seluruh dunia.