1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk peralihan ke arah 'perdagangan saksama dan berperikemanusiaan' serta memperdalam hubungan perdagangan pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) baru-baru ini di Lima, Peru, adalah strategi kritikal bagi mengharungi cabaran yang dihadapi globalisasi perdagangan dan multilateralisme.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bertemu di luar acara Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di sini.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Dalam era yang ditakrifkan oleh gangguan global yang pesat daripada kejutan ekonomi hingga cabaran iklim, terdapat keperluan untuk perubahan asas dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengenai pendekatannya terhadap kerjasama ekonomi yang membolehkan semua ekonomi, tanpa mengira saiz, berkembang maju.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 16 Nov (Bernama) -- Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu mengiktiraf potensi sekutu bukan tradisional seperti Kesatuan Afrika, Amerika Latin dan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Dialog Informal Pemimpin APEC dan menyampaikan intervensi pada hari kedua terakhir Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
1tahun ago
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini pada Khamis sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).
1tahun ago
Daripada M.Saraswathi
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Malaysia berharap dapat menyumbang dalam usaha pembangunan infrastruktur di Pelabuhan Chancay yang terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Lima, ibu negara Peru, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru” sebagai satu penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan semasa lawatan sulung beliau ke negara Amerika Latin sejak menggalas tanggungjawab berkenaan pada 2022.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, didorong oleh penyusutan sementara pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu selepas lonjakan yang dipacu oleh pilihan raya, kata penganalisis.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 11 Nov (Bernama) -- Minggu Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 bakal bermula minggu ini dengan agenda perbincangan barisan pemimpin dan menteri menyentuh aspek dasar dalam membolehkan 21 ekonomi anggotanya menangani pelbagai cabaran semasa.
1tahun ago
LIMA (Peru), 11 Nov (Bernama) -- Penari rakyat dengan pakaian berwarna-warni dan mempamerkan persembahan yang bertenaga, menambah elemen kemeriahan untuk meraikan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) dari 14 hingga 16 November ini di ibu kota negara Amerika Selatan itu.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 10 Nov (Bernama) -- Ibu kota Peru, Lima bersiap sedia dengan kawalan keselamatan yang ketat untuk menganjurkan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) ketiga, acara penting yang menekankan peranannya sebagai pengerusi forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun ini untuk meliberalisasikan lagi perdagangan dalam kalangan ekonomi serantau.