BERITA TERKINI   PM Anwar, Modi saksi pertukaran 11 MoU antara Malaysia dan India | Perdagangan dua hala Malaysia-India dijangka melepasi AS$18.59 bilion, dicatatkan tahun lepas - PM Anwar | Malaysia, dalam konteks ASEAN, pasti dapat manfaat besar sekiranya rantau ini dapat memperoleh lebih banyak cara dan peluang untuk bekerjasama dengan India - PM Anwar | PM Anwar sokong keputusan India buka konsulat jeneral baharu di Kota Kinabalu | Malaysia, India setuju galakkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dan pelaburan dua hala - PM Anwar | 

Terdapat 8166 berita berdasarkan kata kunci carian " g"

Prudential Malaysia Lancar PRUWealth Enrich 2.0, Sokong Pemindahan Kekayaan Berstruktur

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) memperkenalkan PRUWealth Enrich 2.0, iaitu pelan legasi dipertingkatkan yang direka untuk memenuhi aliran baharu pemindahan kekayaan, bertujuan dan berstruktur dengan penyelesaian berisiko rendah. 

Bursa Malaysia Meningkat Sebelum Akhiri Sesi Pagi, Indeks Utama Naik 0.44 Peratus

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin, apabila indeks utama meningkat 0.44 peratus susulan sokongan belian terhadap kaunter perbankan dan perladangan.

MBSB Investment Unjur Minyak Mentah Brent Antara US$55 Dengan US$60 Setong Pada 2026

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd menjangkakan harga minyak mentah kekal rendah berikutan lebihan bekalan yang tinggi dan semakin meningkat sekali gus sukar diserap sepenuhnya oleh permintaan.

Bursa Malaysia Tinggi Semasa Awal Dagangan, KLCI Kekal Di Atas Paras 1,680

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Isnin menjejaki kenaikan Wall Street pada minggu lepas, apabila sentimen pelabur yang bertambah baik meningkatkan minat belian.

Richmond Asia Group Sasar Kembangkan Portfolio 20 Hotel Di Malaysia Menjelang 2033

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Richmond Asia Group merancang untuk mengembangkan portfolio hospitalitinya di Malaysia bagi merangkumi sehingga 20 hotel dalam tempoh lapan tahun lagi.

Pengukuhan Ringgit Berbanding Dolar Singapura Tidak Jejas Dagangan Rentas Sempadan

JOHOR BAHRU, 11 Jan (Bernama) — Pengukuhan ringgit kepada paras sekitar RM3.16 berbanding dolar Singapura pada masa ini adalah dijangkakan dan tidak memberi kesan ketara terhadap perdagangan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Malaysia Airlines Perkenal Semula Penerbangan Ke Chengdu, Catat Permintaan Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines memperkenalkan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap pasaran China yang lebih luas serta mempertingkatkan kesambungan  penerbangan antara Malaysia dan barat China.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu hadapan memandangkan pasaran mungkin kekal disokong secara konstruktif, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada 4.04-4.07 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.04-4.07 pada minggu depan dengan keseimbangan risiko cenderung ke arah pengukuhan ringgit ketika pelabur beralih daripada dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat minggu depan dengan momentum kenaikan berkemungkinan stabil.

Pasaran Getah Dijangka Alami Sedikit Turun Naik Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka mengalami sedikit turun naik minggu depan, dengan kecenderungan untuk harga bergerak sedikit meningkat susulan keadaan cuaca terus menjejaskan pengeluaran, kata pakar industri Denis Low.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Walaupun Meningkat Dalam Dagangan Awal

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun diniagakan sederhana tinggi pada sesi awal, disokong oleh kenaikan minyak pesaing terutama minyak bunga matahari dan minyak kacang soya serta momentum peningkatan harga tenaga.