10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Malaysia menerusi inisiatif seperti pakatan Institut Automotif ASEAN, komited dalam mewujudkan satu ekosistem mobiliti yang seragam yang melonjakkan aspek inovasi, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mencatatkan lonjakan lebih tiga kali ganda dalam keuntungan bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024) kepada RM117.2 juta berbanding RM31.7 juta pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pengumpulan dana oleh Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) menerusi platform pendanaan awam berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P), melonjak kepada RM2.5 bilion pada 2024 berbanding RM2.2 bilion pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- IKEA iaitu peruncit kelengkapan rumah dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.
10bulan ago
KUCHING, 19 Mac (Bernama) -- New South Wales (NSW), salah satu negeri maju di Australia dalam sektor tenaga telah menyatakan minat untuk mengukuhkan hubungannya dengan Sarawak dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) dan kelestarian alam sekitar.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pengembangan Fasa 2 EVE Energy Co Ltd (EVE Energy) akan mencipta lebih 1,000 pekerjaan, menegaskan komitmennya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
10bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- VentureTech Sdn Bhd telah mengumumkan pelaburan strategik dalam Pomen Autodata Sdn Bhd untuk memacu transformasi digital dalam penyelenggaraan armada dan pengurusan tenaga kerja.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Unity Group Holdings International Ltd yang disenaraikan di Hong Kong menyasarkan pengurangan 25 juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2) di Malaysia melalui projek-projek kemampanannya.
10bulan ago
Oleh Rohani Mohd Ibrahim
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menjangkakan rundingan pusingan pertama untuk menyambung semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA) akan diadakan sebelum musim panas atau pada separuh kedua 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Majoriti bank Malaysia mendapat penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang melebihi penanda aras purata, selaras dengan piawaian antarabangsa dan menyaingi bank-bank Singapura, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan dan mengutamakan trend perkapalan hijau untuk kekal relevan walaupun mempunyai kelebihan strategik di sepanjang Selat Melaka, kata perunding pengurusan global.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) dinaikkan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa mulai 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.