BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Jaguh baling tukul besi wanita negara Grace Wong Xiu Mei raih emas, cipta rekod temasya dengan catatan 65.41m | Raja Maha Vajiralongkorn memperkenankan Dekri Diraja bagi membubarkan Parlimen Thailand, menurut Warta Diraja pada Jumaat | 

Terdapat 405 berita berdasarkan kata kunci carian " wall street"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, didorong sentimen keyakinan berikutan langkah penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street, apabila para pelabur menyambut baik penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS). 

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih positif dengan mencatat peningkatan, menjejaki prestasi semalaman di pasaran Wall Street.

Rakuten Trade Naikkan Sasaran FBM KLCI Cecah 1,780, Dahului Prestasi Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Firma pembrokeran Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras 1,780 menjelang akhir tahun ini yang juga peningkatan berbanding unjuran Julai di paras 1,730.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street kerana kebanyakan peniaga kekal memilih untuk berada di luar pasaran kerana jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) esok.

Bursa Malaysa Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup  dagangannya minggu ini lebih tinggi berikutan jangkaan pelabur terhadap pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah pada minggu depan.