5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperkukuh inisiatif penawaran bekalan elektrik hijau berasaskan akses pihak ketiga bagi memperluas penggunaan tenaga bersih khususnya dalam kalangan sektor industri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
5bulan ago
SEREMBAN, 18 Ogos (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki hab halal moden berteknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pembinaan Fasiliti Penyimpanan Sejuk Beku Halal Bersepadu yang dikenali sebagai Regional Halal Distribution Centre (RHDC) di Bandar Enstek di sini.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Ogos (Bernama) -- UMediC Group Bhd (UMC) telah menggandakan kapasiti pengeluarannya susulan pengembangan operasinya di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang.
5bulan ago
Oleh Jailani Hasan
KOTA KINABALU, 17 Ogos (Bernama) -- Aplikasi e-panggil pertama Sabah yang dibangunkan secara tempatan, Borneo VeGO E-Pengangkutan (Borneo VeGO), kini dilancarkan secara rasmi, menandakan pencapaian baharu dalam usaha negeri ini ke arah inovasi digital dan keusahawanan dipacu komuniti.
5bulan ago
IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Pulau Pangkor muncul sebagai penyumbang terbesar hasil pendaratan ikan bilis di Perak dengan 2,844.44 tan metrik bernilai RM42.67 juta pada 2024.
5bulan ago
IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Projek Pembangunan Ipoh Sentral (Ipoh Sentral) yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik.
5bulan ago
PENAMPANG, 16 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Karnival UDA bersama Bizfrancais Pernas selama tiga hari berakhir esok di Buhavan Square di sini mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan keusahawanan.
5bulan ago
BUTTERWORTH, 15 Ogos (Bernama) — Penganjuran Sidang Kemuncak Global Usahawan dan Profesional Tamil ke-15 di Pulau Pinang mampu membuka peluang besar untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan strategik serta menjadi platform mempertemukan para usahawan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2025 pada kadar 4.2 peratus dengan potensi peningkatan sehingga 4.4 peratus.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) -- Dalam ekonomi global berdepan ketidaktentuan, prestasi Malaysia pada separuh pertama 2025 membuktikan dasar-dasar di bawah Kerangka Ekonomi MADANI menjana hasil untuk negara dan rakyat khususnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengukuh sebanyak 5.1 peratus berbanding dolar AS pada suku kedua 2025, yang sebahagian besarnya didorong oleh kelemahan dolar AS secara meluas, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 bersamaan pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.