9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus pada 2025 berbanding jangkaan 4.8 peratus dan 5.3 peratus pada 2024, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal tahun depan walaupun bank-bank global terus melaksanakan pelonggaran dasar monetari.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 (Bernama) -- Beberapa usaha melibatkan kerjasama antara negara ASEAN sedang dilaksanakan bagi tujuan mempromosi produk serta perkhidmatan berkaitan halal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk menyokong pertumbuhan dan pengembangan syarikat peringkat pertengahan (MTC) Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Portal ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), BERNAMABiz, dilancarkan hari ini, menawarkan portal berita khusus yang menyediakan informasi komprehensif dan pada masa nyata mengenai landskap perniagaan dan ekonomi yang berkembang pesat, di peringkat tempatan dan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang melihat untuk mempunyai kad skor yang jelas yang tertumpu kepada pelaburan serta insentif berkualiti tinggi agar sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) menggesa kerajaan memperuntukkan dana bagi mengetatkan peraturan, meningkatkan penguatkuasaan dan mendidik secara berterusan amalan beretika e-dagang dalam Belanjawan 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan permohonan menyertai BRICS, antara strategi kerajaan untuk mengatasi kesan konflik geopolitik yang berpanjangan.
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu Belanjawan 2025, didorong oleh keyakinan bahawa kerajaan dijangka mengekalkan disiplin fiskal dan memastikan defisit fiskal di bawah empat peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- RHB Banking Group menjangkakan Belanjawan 2025 akan membentangkan inisiatif strategik seimbang yang menangani keperluan segera ekonomi dan juga meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan masa depan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan garis panduan pengurusan bateri serta kenderaan elektrik (EVBM) untuk memastikan keselamatan awam, perlindungan alam sekitar dan kemampanan ekosistem EV Malaysia.