6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Semua penanggung insurans dan pengendali takaful bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir bagi pengaktifan semula polisi dan sijil insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) tanpa mengenakan tempoh menunggu dari 30 Jun, 2025 kepada 31 Ogos, 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama anak syarikatnya, Jelawang Capital (Jelawang) hari ini mengumumkan pemilihan lima firma modal teroka (VC) pertama di bawah Program Pengurus Dana Baru Muncul (EMP) dan Inisiatif Pengurus Dana Serantau (RMI) Jelawang.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- AirAsia mengalu-alukan penggabungan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kerana ia merupakan langkah penting bagi mengukuhkan sektor penerbangan negara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan insentif cukai baharu bagi modal teroka (VC) yang turut merangkumi kadar cukai konsesi sebanyak lima peratus bagi tempoh sehingga 10 tahun untuk entiti dana yang layak dan melabur sekurang-kurangnya 20 peratus dalam syarikat pemula niaga tempatan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) Malaysia boleh menjadi mekanisme berpangaruh untuk mendorong perubahan tingkah laku dan mempercepat agenda rendah karbon negara, kata seorang pakar tenaga.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai pengawal selia autonomi tunggal bagi sektor penerbangan negara berkuat kuasa 1 Ogos, dijangka memudahkan proses kawal selia menerusi penyelarasan pengawasan di bawah satu entiti pentadbiran.
6bulan ago
KOTA BHARU, 21 Jun (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah segera dengan giat meneroka pasaran baharu melibatkan negara yang belum pernah membeli minyak sawit Malaysia sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pasaran utama sedia ada yang terjejas berikutan konflik geopolitik.
6bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 21 Jun (Bernama) -- Malaysia yakin dengan potensi peningkatan perdagangan dua hala dengan Uzbekistan, apabila kedua-dua negara giat memperkukuh kerjasama dalam bidang baharu seperti pensijilan halal, kewangan Islam, pelancongan dan teknologi hijau.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).
7bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J) menerima sejumlah 439 pertanyaan berkaitan pelaburan dalam masa hanya lima bulan sejak pelancarannya pada Februari tahun ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Sektor pusat data Malaysia kekal positif di sebalik laporan baru-baru ini yang mendakwa syarikat-syarikat China sedang melatih model kecerdasan buatan (AI) mereka di pusat data di sini yang dikuasakan oleh cip Nvidia, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
7bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Jun (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) muncul sebagai asas transformasi Johor sebagai kuasa besar serantau generasi akan datang, dengan negeri itu menawarkan cadangan nilai yang menarik kepada pelabur global dalam kecerdasan buatan (AI), pusat data dan industri bernilai tinggi.