Terdapat 624 berita berdasarkan kata kunci carian " pengurangan"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya  dan mengesahkan prospek untuk dua kali pengurangan kadar faedah tahun ini.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas FOMC Cenderung Turunkan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS cenderung kepada penurunan kadar faedah susulan inflasi.

BIMB Securities Unjur Defisit Belanjawan Malaysia Rendah Pada 3.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Defisit Belanjawan Malaysia diunjur lebih mengecil pada 3.9 peratus bagi 2025, kata BIMB Securities Sdn Bhd.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Malaysia Kekal Komited Mudah Cara Pelaburan Baharu, Tangani Cabaran Luar - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal komited dalam usaha memudah cara pelaburan baharu seiring langkah menangani cabaran landskap geopolitik dan geopolitik, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Prestasi Lemah Niaga Hadapan Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Khamis, disokong sentimen belian yang lebih baik terhadap mata wang domestik walaupun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat.

Unity Group Sasar Kurangkan 25 Juta Tan Pelepasan Karbon Dioksida Daripada Projek Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Unity Group Holdings International Ltd yang disenaraikan di Hong Kong menyasarkan pengurangan 25 juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2) di Malaysia melalui projek-projek kemampanannya.

Pelaburan Pusat Data Malaysia Dijangka Meningkat Meskipun Terdapat Risiko Luaran

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Prospek bagi pelaburan infrastruktur pusat data di Malaysia kekal teguh dan dijangka meningkat pada suku akan datang walaupun berdepan cabaran luaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Waspada

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 19 Mac ini, kata penganalisis.

Capital A Sasar Keluar Daripada Status PN17 Menjelang Mei 2025

SEPANG, 10 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd menyasar keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang Mei 2025 selepas pelan penstrukturan semulanya mendapat kelulusan pemegang saham dan Mahkamah Tinggi.

Capital A Tumpu Penstrukturan Semula, Tiada Perancangan Dividen Setakat Ini - CEO

SEPANG, 10 Mac (Bernama) --  Capital A Bhd tiada perancangan pembayaran dividen dalam masa terdekat susulan syarikat memberi keutamaan kepada usaha penstrukturan semula dan pengurangan hutangnya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.