BERITA TERKINI   Kertas siasatan libatkan KP JAS dan timbalan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara Jumaat ini dengan syor dituduh - Azam Baki | MOF bekerjasama dengan KPDN meningkatkan pemantauan, siasatan dan tindakan penguatkuasaan khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti sempadan - PM Anwar | Penyasaran subsidi RON95 dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion pada 2026 - PM Anwar | Bentley Music Group memulakan dagangan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia pada 15 sen, premium 3.0 sen berbanding harga IPO sebanyak 12 sen dengan 10,000 saham didagangkan | Bentley Music Group memulakan dagagangan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia pada 15 sen, premium 3.0 sen berbanding harga IPO sebanyak 12 sen dengan 10,000 saham didagangkan | 

Terdapat 1044 berita berdasarkan kata kunci carian " keputusan"

Pengawal Selia Perlu Berintegriti, Permudah Usaha Kembang Pasaran Modal -- SC

KUALA LUMPUR, Aug 3 (Bernama) -- Kalangan pengawal selia pasaran perlu berintegriti selain memudah cara usaha penciptaan nilai, membangunkan pasaran modal serta menangani cabaran masa depan.

Pembelian Pesawat Boeing Strategi Perniagaan MAG, Tidak Libat Wang Rakyat - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) bukanlah pembaziran wang cukai rakyat, sebaliknya merupakan keputusan perniagaan strategik yang dirancang lebih awal dan dibiayai menggunakan dana syarikat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong RMK13, Penurunan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih tinggi berikutan pelabur menyambut baik pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas semua produk Malaysia yang masuk ke negara itu selain sentimen pasaran yang positif berikutan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Pengurangan Tarif AS Cetuskan Kesan Limpahan Positif Merentas Sektor-sektor Utama - Nga

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Hasil perdagangan yang progresif seperti keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia akan memberi kesan limpahan ekonomi yang meluas merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan dan pembuatan.

Sektor Semikonduktor, Farmaseutikal Dikecualikan Tarif AS Setakat Ini - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Eksport semikonduktor dan farmaseutikal Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dikecualikan daripada tarif 19 peratus dikenakan oleh Washington setakat ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Penurunan Tarif AS Dorong Perdagangan, Kukuh Hubungan Dua Hala  - FMM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) mampu meningkatkan daya saing kos keseluruhan produk yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran AS, serta menunjukkan isyarat penting hubungan perdagangan dua hala yang semakin kukuh.

Penurunan Tarif AS: Tengku Zafrul Beri Penjelasan Di Dewan Rakyat Pada Isnin - Fahmi

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan memberi penjelasan di Dewan Rakyat pada Isnin depan berhubung keputusan terbaharu Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif timbal balik ke atas Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

Penurunan Kadar Tarif Beri Petunjuk AS Sedia Berunding - Ahli Ekonomi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus menunjukkan kesediaan AS untuk berunding tetapi tarif disemak semula itu dijangka tetap mempunyai kesan ekonomi ketara kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang, kata seorang pakar ekonomi.

Jerayawara Vendor Beri Peluang Kerjasama Baharu Di Lapangan Terbang - Malaysia Airports

KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd melancarkan Connect and Collaborate Vendor Roadshow di seluruh negara bermula minggu ini di Kota Kinabalu untuk membina ekosistem vendor yang lebih teguh dan berdaya saing di Malaysia.

Rasionalisasi CAAM-MAVCOM Berkuat Kuasa Hari Ini, Sharil Tarmizi Dilantik Pengerusi CAAM

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan secara rasmi pelaksanaan penuh rasionalisasi antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), menjadikan CAAM satu-satunya badan kawal selia penerbangan awam negara merangkumi aspek teknikal, keselamatan dan ekonomi. 

Penurunan Kadar Tarif Perkembangan Positif Sektor Eksport Negara - Chow

GEORGE TOWN, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar tarif import Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai perkembangan positif kepada sektor eksport negara, khususnya Pulau Pinang yang terlibat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan serta peranti perubatan.

 

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong AS Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus - MITI

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus merupakan satu pencapaian penting dalam proses rundingan Malaysia yang amat menyeluruh dan sistematik, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).