Terdapat 4201 berita berdasarkan kata kunci carian " masa"

PMKS Terus Alami Keuntungan Terhad - SAMENTA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini terus menghadapi keuntungan terhad disebabkan oleh peralihan digital, kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos pematuhan.

Avaland Ekspresi Kehidupan Lestari Menerusi Avenue25

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Avaland Bhd menetapkan penanda aras baharu dengan menyasarkan semua fasa projek Avenue25 di Subang Jaya mencapai pensijilan GreenRE Gold.

Sistem CIDBH - iENTRY Tingkat Pengurusan Pekerja Asing Pembinaan

PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY bagi meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industri pembinaan.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.

Belanjawan 2025: Industri Automotif Harap Tempoh Pengecualian Cukai Jalan EV Dilanjutkan

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

DAT Percepat Sasaran Malaysia Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.

Kerajaan Ada Ruang Untuk Optimumkan Perbelanjaan Tetapi Hasil Perlu Ditingkatkan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

Sambung Runding FTA Dengan EU, Perkukuh Dagangan Intra-ASEAN, Strategi Hadapi Kancah Geopolitik

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selain mahu menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU), Malaysia juga telah mengemukakan permohonan menyertai BRICS dan sedang berbincang dengan kalangan negara ASEAN untuk memperkukuh perdagangan.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari disebabkan peniaga menunggu data Indeks Harga Pengeluar (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang sebagai petunjuk untuk mengukur pergerakan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS pada masa depan, kata penganalisis.

Geopolitik Dunia: Pelaksanaan NIMP Tingkat Daya Saing Perdagangan, Pelaburan Negara - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan permohonan menyertai BRICS, antara strategi kerajaan untuk mengatasi kesan konflik geopolitik yang berpanjangan.

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Meningkat Kepada RM3,000 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Industri Perbankan Optimis Inisiatif Strategik Seimbang Dalam Belanjawan 2025 - RHB

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- RHB Banking Group menjangkakan Belanjawan 2025 akan membentangkan inisiatif strategik seimbang yang menangani keperluan segera ekonomi dan juga meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan masa depan.