Terdapat 616 berita berdasarkan kata kunci carian "petronas"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki kenaikan semalaman Wall Street kerana sentimen dirangsang oleh dasar tarif Presiden AS Donald Trump mungkin ditarik balik, dilihat sebagai alat rundingan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Keenam Berturut-Turut

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari dagangan keenam berturut-turut hari ini meskipun kenaikan pada sesi awalnya ekoran tekanan jualan di pasaran pesat membangun serantau berikutan kebimbangan terhadap konflik tarif yang berterusan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari disebabkan oleh ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China kembali memuncak, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street dalam persekitaran ketegangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).

Petronas Pertingkat Projek LNG, Jamin Bekalan Jangka Panjang Untuk China

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 2 Jun (Bernama) --Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempercepatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi gas asli cecair (LNG) jangka panjang yang boleh dipercayai kepada China dengan mengembangkan pembangunan gas domestik dan portfolio pengeluaran globalnya bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga yang konsisten dan mampan untuk salah satu pengimport LNG terbesar di dunia.

Pemain Industri Digesa Latih Anak Muda Sabah Kemahiran Dalam Sektor Minyak Dan Gas – Anwar

KOTA KINABALU, 30 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemain industri minyak dan gas memainkan peranan melatih lebih ramai anak muda Sabah di peringkat universiti serta sekolah vokasional melalui program berkaitan sebagai usaha memenuhi keperluan pasaran kerja sektor.

Microsoft Lancar BINA AI Malaysia, Percepat Inovasi Teknologi

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Microsoft hari ini mengumumkan pelancaran BINA AI Malaysia, satu inisiatif bertujuan menyokong fasa seterusnya dalam usaha mempercepat transformasi kecerdasan buatan (AI) negara ini.

Jasa Rafizi Sebagai Menteri Ekonomi Akan Dikenang Melalui Usaha Pertingkat Taraf Hidup Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Rafizi Ramli yang meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun 2025 akan dikenang melalui pelbagai inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Petronas Labur RM25 Bilion Di Sarawak Pada 2024 - Timbalan Premier

KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah melabur sebanyak RM25 bilion di Sarawak tahun lepas, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

PM Anwar Sampaikan Ucaptama Kepada Penggubal Dasar, Pemimpin Global Di Energy Asia 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Energy Asia 2025, yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Firma Malaysia, Vietnam & Singapura Meterai Perjanjian Penting Eksport Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Dalam satu usaha penting untuk kerjasama tenaga serantau, kalangan syarikat tenaga terkemuka dari Malaysia, Singapura dan Vietnam menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama bertujuan meneroka eksport elektrik boleh baharu dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura.

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi, Umum Dividen 16 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 (S1 2025) kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.