Terdapat 576 berita berdasarkan kata kunci carian " minggu lepas"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pasaran mata pertukaran wang asing memasuki minggu ini dengan keadaan sangat berwaspada serta bergelut dengan situasi tunggu dan lihat menjelang penguatkuasaan tarif AS oleh Presiden Donald Trump esok, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini. 

Ketidakpastian Dasar Trump Terus Sokong Niaga Hadapan Emas Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) --  Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan tetapi masih mendapat sokongan yang baik dengan mengambil petunjuk daripada niaga hadapan emas COMEX AS.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Berhati-hati, Catat Julat Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mungkin mencatatkan julat kecil apabila pelabur menilai perkembangan ekonomi utama, menurut penganalisis.

Ringgit Dijangka RM4.45-RM4.47 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Setimen pasaran yang kekal berhati-hati mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka terus mempengaruhi ringgit untuk diniagakan dalam julat RM4.45 hingga RM4.47 berbanding dolar AS minggu depan.

Niaga Hadapan MSM Diunjur Terus Rendah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjurkan lebih rendah minggu depan, menjejaki prestasi eksport yang perlahan, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasa susulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.

Permintaan Suram, Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada akhir dagangan Isnin, diheret turun oleh kelemahan prestasi minyak soya dan permintaan yang suram, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Penjualan Berterusan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Isnin, dipengaruhi penjualan berterusan berikutan prestasi bursa serantau yang tidak menentu susulan penjualan yang dialami Wall Street.

Belian Bersih Dalam Ekuiti Domestik Oleh Institusi Tempatan Naik Kepada RM194.2 Juta - MIDF

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas berbanding belian bersih sebanyak RM77.9 juta pada minggu berakhir 14 Februari.

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu pada Jumaat lepas, didorong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan yang dikeluarkan minggu lepas.