BERITA TERKINI   Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak jejas hubungan, pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan - Fahmi | Syarikat teknologi asing wajib sediakan latihan kepada bakat tempatan - PM Anwar | Penyelesaian kemelut politik Negeri Sembilan perlukan rundingan, diputuskan mengikut undang-undang - PM Anwar | Kemelut politik di Negeri Sembilan perlu diselesaikan mengikut undang-undang tubuh negeri serta peraturan DUN -- Ahmad Zahid | Aminuddin diminta teruskan tugas Menteri Besar atas titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan demi kepentingan negeri dan kebajikan rakyat - PM Anwar | 

Terdapat 3815 berita berdasarkan kata kunci carian " bank"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan pengumuman pakej rangsangan oleh China untuk merancakkan ekonominya. 

EXIM Bank Lancar Inisiatif Hijau RM1.5 Bilion Untuk Pembiayaan Mampan Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) melancarkan Inisiatif Global Hijau EXIM, komited untuk menyediakan sehingga RM1.5 bilion dalam pembiayaan mampan menjelang 2027. 

Affin Bank Optimis Ekonomi Malaysia Dalam Persekitaran Kemungkinan Kemelesetan Global

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia kekal memberangsangkan pada lima peratus tahun ini dan pada 5.2 peratus tahun depan meskipun berhadapan kemungkinan kecil kemelesetan global.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Disokong Oleh Langkah Rangsangan China

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, sejajar dengan bursa serantau dan disokong oleh langkah rangsangan baharu oleh China, menurut penganalisis.

Pasaran Pusat Data ASEAN Cecah US$11 Bilion Menjelang 2028 - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pasaran pusat data ASEAN dijangka boleh mencecah US$11 bilion (US$1=RM4.20) menjelang 2028 berikutan ledakan permintaan pusat data global, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB) Bhd.

Subsidi Bersasar RON95 Boleh Pengaruhi Trend Inflasi Malaysia, Kata Pakar

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia yang berkurangan kepada 1.9 peratus pada Ogos 2024 telah menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi mekanisme subsidi bersasar RON95, kata Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi berbanding Dolar AS, Cecah Semula Paras RM4.19

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.

Cropmate Dapat Kelulusan Bursa Malaysia Untuk Disenarai Di Pasaran Ace

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Syarikat baja khusus, Cropmate Bhd (Cropmate) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE.

Kadar Inflasi Dijangka Antara 2.0 Peratus Dan 2.3 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank pelaburan menjangkakan inflasi keseluruhan akan berada dalam julat antara 2.0 peratus dan 2.3 peratus tahun ke tahun (yoy) untuk baki tahun 2024.

Etiqa Perkenal Panel Pembaiki Bebas Kenderaan Elektrik Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Etiqa, cabang insurans dan takaful Malayan Banking Bhd (Maybank) mengembangkan perkhidmatannya kepada pemilik Kenderaan Elektrik (EV) dengan menjalin kerjasama dengan bengkel tambahan yang mengkhususkan dalam pembaikan EV.

Inflasi Rendah Dorong Ringgit Teruskan Kenaikan Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila kadar inflasi domestik yang lebih rendah membantu ringgit meneruskan kenaikan yang dicatatkan baru-baru ini, kata penganalisis.