1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2024, melonjak 41.9 peratus kepada RM85.74 juta daripada RM60.41 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
1tahun ago
MELAKA, 30 Okt (Bernama) -- Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2023 (WHEA 2023) anjuran Halal Development Corporation Bhd (HDC) bukan sahaja melengkapi ekosistem industri halal Malaysia malah meletakkan negara di landasan kukuh untuk meraih peluang pasaran halal global yang dianggar mencecah US$5 trilion menjelang 2030.
1tahun ago
MELAKA, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan memastikan industri halal dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mencecah paras tertinggi dalam dua tahun, kata penganalisis kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber, seiring dengan perkembangan pesat pusat data di negara ini, menurut laporan terkini daripada Kaspersky.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih suku ketiga LPI Capital Bhd melonjak kepada RM123.94 juta daripada RM97.92 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memikirkan cara untuk memastikan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dapat memainkan peranan dalam merealisasikan inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).
1tahun ago
PUTRAJAYA, 29 Okt (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal (NCEC) hari ini bersetuju memperluas penggunaan sanga iaitu sisa daripada industri besi dan keluli, sebagai komposisi bahan dalam sektor ekonomi berimpak tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan berharap keanggotaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan peningkatan eksport bagi tempoh jangka masa panjang, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai bandar raya global yang "beraspirasi" oleh City Competitiveness Redefined Tracker berdasarkan penilaiannya terhadap daya tarikan pelabur, aset dan infrastruktur, kebolehdiaman serta pengurusan dan tadbir urus bandar, kata kumpulan perundingan mampan global Arup.
1tahun ago
PUCHONG, 29 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah melancarkan pelan induk IOI Rio City, pembangunan bersepadu seluas 40.46 hektar (100 ekar) bernilai RM12 bilion dalam tempoh 12 tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- OB Holdings Bhd menyasar untuk menggandakan kapasiti pengeluaran menjelang 2026 menerusi kilang baharu di Serendah, Selangor.