16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Projek perlombongan Malaysia-Perancis di antara Malaco Mining Sdn Bhd dengan pakar penapisan dan kitar semula nadir bumi Perancis, Carester memasuki fasa kilang perintis untuk perlombongan dan penapisan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat pelaburan VentureTech Sdn Bhd melabur dalam firma teknologi pendidikan (edtech) Tymba Education Group yang mengkhususkan dalam kelayakan perakaunan dan kewangan profesional.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan penguncupan yang lebih sederhana dalam perbelanjaan pengiklanan media (adex) tahun ini, disokong oleh kesan asas yang rendah dan peningkatan aktiviti pemasaran bersempena acara-acara sukan utama.
16hari ago
SHAH ALAM, 28 Jan (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) menyasarkan jualan sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026, didorong oleh pelan hala tuju teknologi masa depannya yang komprehensif.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menaikkan penarafan jangka panjang program hutang YTL Corporation Bhd (YTL Corp) kepada AAA, susulan peningkatan berterusan prestasi operasi, keuntungan dan profil kewangan kumpulan itu.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Tumpuan global terhadap kewangan mampan dijangka kekal kukuh tahun ini, didorong pertumbuhan pesat pusat data, menurut Moody’s Ratings.
16hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas ia menjejaki keuntungan dalam minyak kacang soya.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York Amerika Syarikat (Comex AS) berikutan permintaan berterusan terhadap logam berharga itu sebagai lindung nilai daripada risiko geopolitik dan kewangan.
16hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut dengan ditutup rendah pada Rabu, berikutan pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan terkumpul 4.25 peratus sepanjang lima sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.
16hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS pada Rabu apabila sentimen risiko yang bertambah baik dan penurunan dolar AS terus menyokong mata wang tempatan itu.
16hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh jangkaan mengenai bekalan yang semakin berkurangan, kata seorang peniaga.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit mencatatkan peningkatan semula yang lebih kukuh, melonjak daripada paras kira-kira 4.70 berbanding dolar AS beberapa tahun lepas kepada paras 3.90 pada masa ini, menjadikannya antara mata wang berprestasi terbaik di Asia, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Apurva Sanghi.