4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) kekal berhati-hati terhadap prospek sektor pembuatan Malaysia di sebalik ketidaktentuan perdagangan global dan tarif yang berterusan.
4bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan yang kritikal bagi melengkapkan tenaga kerja di Malaysia dengan kemahiran bagi industri pertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik, kata seorang pakar ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jumlah kawasan penanaman sawit dijangka berkeluasan 5.64 juta hektar tahun ini, meningkat sedikit daripada 5.61 juta hektar pada 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kewangan Islam perlu terus memainkan peranan utama dalam memacu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selain membentuk generasi pemimpin masa depan yang beretika.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih rendah dijangka menyokong kemampuan pemilikan rumah melalui pengurangan kos bayaran balik hutang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- ASEAN menawarkan peluang yang luas untuk pelaburan berimpak tinggi berikutan peneraju dalam sektor perniagaan dan kerajaan cenderung ke arah integrasi serantau yang lebih baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia berkedudukan baik untuk menghadapi ketegangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap, dipacu oleh pasaran buruh yang teguh dan kestabilan kewangan isi rumah, menurut S&P Global Ratings.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan mengukuh kepada 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi Malaysia, pembaharuan yang sedang dilaksanakan serta peralihan pelabur daripada aset AS, menurut Kenanga Investment Bank (IB) Bhd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Fitch Ratings menyemak naik unjuran pertumbuhan global bagi 2025 kepada 2.4 peratus daripada 2.2 peratus sebelum ini susulan data suku kedua lebih kukuh berbanding jangkaan awal.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) berkata bank boleh menyelesaikan pelbagai ketidaktentuan melingkungi masalah yang dijangka pada separuh kedua 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia melihat penganjuran Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN ke-45 (ARCEOs) sebagai kesinambungan bermakna kepada agenda kepengerusian negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Tadbir urus yang baik harus dilihat sebagai aset strategik, ia merupakan tonggak kredibiliti dalam pasaran kewangan seterusnya menjadi daya tarikan untuk pelaburan dan memberi jaminan bahawa kemajuan akan dikongsi secara adil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.