BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Sabah FC 0-3 Melaka FC | 

Terdapat 3018 berita berdasarkan kata kunci carian " naik"

Bursa Malaysia Melantun Pada Sesi Awal Dipacu Jangkaan Kadar Faedah AS Turun

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, kembali meningkat dipacu oleh sentimen optimis selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya.

Untung Bersih Allianz Malaysia’ Pada Suku Ketiga Naik Kepada RM234.17 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu kepada RM234.17 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025, meningkat daripada RM183.18 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ringgit Terus Naik Berbanding Dolar AS Susulan Isyarat Diplomasi Fed

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit terus menunjukkan prestasi menggalakkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa, apabila dolar AS menyusut susulan kenyataan berdiplomasi oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS. 

Dolar AS Lemah, Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat ketika mengakhiri dagangan hari ini, didorong oleh penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kenyataan Gabenor Rizab Persekutuan AS Christopher Waller yang lebih memihak untuk mengurangkan kadar faedah.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Indeks Pelopor Malaysia Naik 0.8 Peratus Pada September 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Penunjuk ekonomi Malaysia mengukuh pada September 2025, dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan kenaikan 0.8 peratus kepada 113.3 mata daripada 112.4 mata tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung mempengaruhi saham wajaran tinggi dengan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu.

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama)  -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Selasa, tinggi sedikit dalam dagangan awal dalam persekitaran optimisme, menjejaki kenaikan semalaman Wall Street.

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Dijangka Cecah RM4.10 Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, seiring dengan unjuran untuk mencecah RM4.10 menjelang akhir tahun, susulan kenyataan yang cenderung kepada penurunan kadar faedah oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah melemahkan mata wang AS itu.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi pasaran tunai.

Indeks Petunjuk Pasaran Bursa Malaysia Naik Untuk Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pulih daripada penurunan terdahulu untuk ditutup lebih tinggi sedikit pada Isnin, menjejaki pergerakan positif di kebanyakan pasaran serantau di tengah-tengah optimis baharu terhadap potensi pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).