1tahun ago
GEORGE TOWN, 23 Nov (Bernama) -- Rackson Group melancarkan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion di Bayan Lepas, terdiri daripada hotel Le Meridien Penang Airport dan pangsapuri berperkhidmatan Avion.
1tahun ago
Daripada Zarul Effendi Razali
DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam mempromosikan perdagangan atas dasar kesaksamaan dan faedah bersama.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif dan juga insentif untuk industri automotif tempatan bagi meningkatkan eksport kenderaan termasuk alat ganti dan komponen, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – Penutupan pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di luar negara tidak menjejaskan usaha menangani kempen anti minyak sawit dan persepsi negatif terhadap komoditi tersebut di pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
1tahun ago
LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk menyelaraskan dasarnya bagi memenuhi permintaan baharu dan industri yang sentiasa berkembang menerusi pendekatan pelbagai hala untuk terus menarik pelaburan bernilai tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kementerian Ekonomi komited untuk memastikan keseluruhan kawasan fasa satu Kedah Rubber City (KRC) diduduki pihak industri dalam tempoh setahun, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pertunjukan Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) menawarkan peluang kepada orang ramai untuk melihat inovasi terbaharu dalam industri mobiliti dan automotif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Forest City di Johor bakal menjadi hab strategik untuk perniagaan dan pelabur, disokong oleh jaringan pengangkutan udara dan laut serta berperanan mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan kemampanan, menurut pemaju dari China, Country Garden Group.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Mesir mempunyai peluang untuk saling membantu mengakses pasaran masing-masing dengan Malaysia sebagai gerbang ke ekonomi ASEAN yang dinamik dan Mesir sebagai pintu masuk ke pasaran Timur Tengah dan Afrika.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) sedang mengukuhkan landskap kewangan Islam dan digital dengan pelancaran pelan induk blockchain (lejer digital terbuka) patuh Shariah dan insentif cukai baharu bertujuan menjadikan Labuan sebagai hab kewangan digital terkemuka.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Labuan yang dilancarkan pada 2022, berjaya mencatat pencapaian bermakna dengan aset digital terkumpulnya mencecah US$820 juta, setakat ini.