9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Minat belian yang kukuh dalam bursa tempatan selain peningkatan ketara jumlah tawaran awam awal (IPO) dan pertumbuhan jumlah terkumpul pasaran bon dan sukuk telah meningkatkan saiz pasaran modal sebanyak 9.7 peratus kepada RM4.2 trilion pada 2024 daripada RM3.8 trilion pada 2023.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) – Sokongan kerajaan penting dalam mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT), kata pakar industri IoT.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menggesakan agensi itu memainkan peranan penting dan “menunjukkan keupayaan dan kesediaannya” untuk menangani cabaran perdagangan global yang boleh membawa kepada perang perdagangan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Defisit Belanjawan Malaysia diunjur lebih mengecil pada 3.9 peratus bagi 2025, kata BIMB Securities Sdn Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Chlor-Al Chemical Pte Ltd (CAL) akan membeli sebidang tanah di Singapura daripada Chin Yuan Metal Pte Ltd (CYM) pada harga S$14.80 juta (S$1 = RM3.31).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- - Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia memulakan 2025 dengan jumlah jualan RM148.9 bilion pada Januari, merekodkan pertumbuhan 4.6 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan dalam julat 4.5-5.0 peratus yang memaparkan sentimen positif ekonomi secara keseluruhan, kata Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Jumlah keseluruhan keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan syarikat aktif milik agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 2024 adalah sebanyak RM259.97 juta, menurut Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang.
9bulan ago
Oleh Rohani Mohd Ibrahim
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menjangkakan rundingan pusingan pertama untuk menyambung semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA) akan diadakan sebelum musim panas atau pada separuh kedua 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan domestik negara yang berdaya tahan dan rancangan pelaburan yang kukuh dijangka menyokong ekonomi dalam keadaan cabaran luaran berikutan ketidaktentuan perdagangan global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sepanjang 2025.