9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, di bawah Tonggak Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi ASEAN pada 10 April, 2025.
9bulan ago
Oleh Yin Shao Loong
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Tarif yang diumumkan pada 2 April diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) President Donald Trump telah mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS sebelum ini.
9bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) - Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah ketidaktentuan tarif timbal balik yang dikenakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
9bulan ago
KAJANG, 4 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN akan berunding dengan beberapa negara anggota blok itu bagi mencapai persetujuan bersama berkenaan isu tarif timbal balik yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan prinsip keadilan diterapkan dalam perdagangan antarabangsa.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd bersama-sama anak syarikat perbankan Islamnya OCBC Al-Amin Bank Bhd meminta pelanggan yang terjejas akibat kebakaran di Putra Heights baru-baru ini untuk menghubungi bank berkenaan bagi mendapatkan bantuan atau penstrukturan semula pinjaman dan skim pembiayaan mereka.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Malaysia, selaku pengerusi ASEAN tahun ini akan mengutamakan kepentingan memperkukuh hubungan ekonomi serantau susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas negara anggota blok itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan bahawa ia sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ketat selaras dengan piawaian antarabangsa dalam semua peringkat operasinya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan bahawa pasukan teknikalnya bersiap sedia untuk memulihkan perkhidmatan dan membina semula infrastruktur rangkaian yang terjejas secara berperingkat, bergantung kepada tahap kerosakan akibat letupan paip gas di Putra Heights.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) komited memberi sokongan dan bantuan kepada pelanggan terjejas dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Selasa lepas.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan susut sedikit, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan diasak aktiviti jualan ketara serta pasaran serantau yang turut lesu susulan pengumuman rancangan tarif timbal balik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu mengambil langkah untuk mempelbagaikan sumber bahan mentah dan pelanggan mereka bagi memastikan risiko rantaian bekalan dapat dikurangkan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menjalinkan kerjasama berkaitan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) supaya ada pertimbangan semula tarif 24 peratus yang baru dikenakan ke atas eksport Malaysia.