BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari - SPR | Jangan bergantung kepada kartel yang menekan rakyat - PM Anwar | Kerajaan pastikan perolehan pertahanan tidak dikuasai kartel atau amalan ketirisan - PM Anwar | Isu pendidikan tidak wajar terus dipolemikkan dengan perkara yang memecah-belah, perlu fokus kepada kualiti pembelajaran - PM Anwar | Dasar Pendidikan Negara baharu beri tumpuan kepada peningkatan mutu pendidikan demi masa depan anak-anak - PM Anwar | 

Terdapat 558 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran ace"

SC: 21 Tawaran Pengambilalihan, Penggabungan Bernilai Rm18.22 Bilion Diluluskan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 dokumen tawaran melibatkan jumlah nilai tawaran sebanyak RM18.22 bilion di bawah pengambilalihan dan penggabungan pada 2024 berbanding 10 tawaran bernilai RM5.53 bilion pada tahun sebelumnya.

SC Lulus 21 Permohonan Ekuiti Dengan Jumlah Permodalan Pasaran RM21.39 Bilion Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 permohonan ekuiti dengan 10 daripadanya adalah tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran RM21.39 bilion.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Rabu dengan prestasi rendah secara keseluruhan terutamanya berikutan penjualan dalam sektor pembinaan dan perbankan, manakala saham penjagaan kesihatan merekodkan minat belian, kata penganalisis.

IPO : PEOPLElogy Meterai Perjanjian Taja Jamin Dengan Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- PEOPLElogy Bhd telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Belian Kukuh Saham Pelbagai Sektor Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secara meluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan apabila peserta pasaran dijangka mengambil pendekatan berhati-hati dan bukan senaliknya memberi reaksi spontan, yang sepatutnya membantu mengehadkan pergerakan turun naik jangka pendek.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Melantun Semula Daripada Penurunan 5 Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari, dipacu oleh aktiviti membeli saham berharga rendah. 

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pembelian semasa harga murah di kaunter wajaran tinggi perkhidmatan kewangan dan utiliti mendorong indeks utama lebih tinggi sebelum mengakhiri dagangan sesi pagi pada Khamis, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya hambar.

FBM KLCI Teruskan Penurunan Dalam Persekitaran Ketegangan Perdagangan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus mencatatkan penurunan, melepasi paras sokongan 1,490-1,500, didorong oleh kebimbangan pelabur yang meningkat terhadap kesan potensi pertikaian perdagangan global yang semakin memuncak.

FBM KLCI Teruskan Aliran Menurun Susulan Peningkatan Ketidakstabilan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan penurunannya sewaktu dagangan ditutup pada Selasa yang mencerminkan ketidakstabilan dan penjualan mendadak dalam ekuiti Amerika Syarikat (AS) apabila pengelakan risiko global semakin meningkat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.70 Peratus

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Mac  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter utiliti, telekomunikasi dan media serta sektor perkhidmatan kewangan.