BERITA TERKINI   Gabungan pelaksanaan pantas, reformasi mendalam tentukan keupayaan perkhidmatan awam kekal relevan, diyakini - KSN | Pemukiman Jemaah Menteri 2026 tegaskan mandat kepimpinan negara yang mahu pelaksanaan pantas, konsisten - KSN | Tema “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi” dipilih sebagai kerangka hala tuju, tindakan perkhidmatan awam tahun ini - KSN | KSN gariskan empat Misi Pelaksanaan Pantas 2026 realisasikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam | Sekatan sementara terhadap Grok hanya akan ditarik semula jika isu kandungan mudarat diselesaikan sepenuhnya - Fahmi | 

Terdapat 49 berita berdasarkan kata kunci carian "rumah putih"

Kejutan Tarif Trump: Implikasi Terhadap Malaysia

Oleh Yin Shao Loong

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Tarif yang diumumkan pada 2 April diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) President Donald Trump telah mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS sebelum ini.

Malaysia Runding Dengan Negara ASEAN Bagi Kata Sepakat Tangani Isu Tarif Timbal Balik AS

KAJANG, 4 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN akan berunding dengan beberapa negara anggota blok itu bagi mencapai persetujuan bersama berkenaan isu tarif timbal balik yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan prinsip keadilan diterapkan dalam perdagangan antarabangsa.

Reaksi Tarif AS Dorong Ringgit Dibuka Susut Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Ringgit mencatat penyusutan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, diasak tekanan susulan pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai pelaksanaan tarif timbal balik, semalam.

FBM KLCI Susut Dalam Dagangan Awal Berikutan Pengumuman Tarif AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia rendah 0.52 peratus dalam dagangan awal hari ini seiring dengan pasaran serantau berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif sekurang-kurangnya 10 peratus kepada semua negara berkuat kuasa 5 April dan “tarif timbal balik individu yang lebih tinggi” di negara tertentu berkuat kuasa 9 April.

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Dolar AS Meningkat Selepas Langkah Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang negara maju itu mengukuh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas  global.

Trump Umum Tarif Kepada Semua Negara Termasuk Malaysia Pada 24 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar US hari ini susulan Indeks dolar Amerika Syarikat (AS) merosot disebabkan prospek ekonomi AS lemah dan dalam persekitaran ketidaktentuan mengenai tarif timbal balik yang dijadualkan diumumkan oleh AS lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

FBM KLCI Teruskan Aliran Menurun Susulan Peningkatan Ketidakstabilan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan penurunannya sewaktu dagangan ditutup pada Selasa yang mencerminkan ketidakstabilan dan penjualan mendadak dalam ekuiti Amerika Syarikat (AS) apabila pengelakan risiko global semakin meningkat.

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) --   Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Rabu, didorong oleh sentimen yang lebih baik dan pembelian saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) --  Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa susulan aktiviti belian saham berharga rendah dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, kata penganalisis.

Belian Saham Pada Harga Rendah Berterusan Pacu Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal meningkat pada dagangan tengah hari Selasa dipacu oleh aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang berterusan dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, menurut penganalisis.