19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor perbankan dijangka mencatat prestasi suku pertama tahun kewangan 2026 yang lebih kukuh walaupun dalam senario krisis Asia Barat manakala tekanan kos boleh mendorong kepada langkah bantuan ekonomi serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
19hari ago
Oleh M. Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bantuan telah tersedia untuk perniagaan yang terjejas oleh konflik di Asia Barat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd melantik Mak Joon Nien sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasaran Pertumbuhan dan CIMB Singapura, tertakluk kepada kelulusan pihak pengawal selia.
19hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Khamis, dipacu oleh pembelian berterusan ke atas saham perbankan wajaran tinggi selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia perlu terus menarik pelaburan strategik dan berkualiti tinggi sambil memastikan syarikat tempatan meraih bahagian yang lebih besar daripada nilai yang dicipta oleh pelabur global yang beroperasi di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perlindungan insurans dan takaful kepada pekerja adalah antara langkah penting untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan tenaga kerja, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada dagangan tengah hari Khamis, dipacu oleh minat belian baharu terhadap saham perbankan dan kewangan.
20hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh minat belian dalam saham perbankan dan kewangan menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, sejajar dengan peningkatan semalaman di Wall Street.
20hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang semakin mereda telah melonjakkan sentimen pasaran secara keseluruhan dan menggalakkan minat risiko yang lebih luas merentasi ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.
21hari ago
JAKARTA, 6 Mei (Bernama) -- Bank Indonesia (BI) menyediakan tujuh langkah yang bertujuan memperkukuh dan menstabilkan nilai rupiah selepas mata wang itu melemah sejak kebelakangan ini, dan inisiatif itu telah diluluskan oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatan pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau yang kukuh dalam senario kemajuan rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata penganalisis.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Standard Chartered Malaysia melantik Mushahid Syed sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) interim dan ketua liputan bagi Malaysia berkuat kuasa 8 Mei, 2026 bagi menggantikan Mak Joon Nien yang akan beralih ke kerjaya baharu.