BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nanm Dinh FC 1-1 JDT | 

Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian "mnc"

Malaysia Serlah Kewibawaan Sebagai Pengerusi ASEAN Di WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia mencatatkan permulaan yang kukuh dengan menyampaikan suara bersama blok dianggotai 10 negara itu mengenai cabaran, potensi dan kebebasannya dalam membuat keputusan pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini.

Anwar Bertemu Enam MNC Termasuk Google, Nestle Di Luar WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 21 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan daripada enam syarikat multinasional (MNC) termasuk AstraZeneca, Fortescue, DP World, Medtronics, Nestle dan Google.

Gamuda Mulakan Projek 75 London Wall Bernilai RM6.6 Bilion, Raih Pinjaman RM2.75 Bilion

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Jan  (Bernama) -- Usaha Gamuda Bhd dan pelabur hartanah berpangkalan di London, Castleforge membabitkan pembangunan semula 75 London Wall di United Kingdom (UK) bernilai £1.2 bilion (£1=RM 5.50) melakar detik bermakna menerusi majlis pecah tanah serta pemeteraian kemudahan pinjaman pembangunan bernilai £500 juta (RM2.75 bilion) yang juga antara jumlah terbesar sejak beberapa tahun lepas.

Malaysia Mampu Jadi Titik Tumpuan Firma MNC Di ASEAN - Ahli Ekonomi

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Malaysia dapat memanfaatkan infrastruktur digitalnya yang matang serta tenaga kerja mahir untuk muncul sebagai titik tumpuan bagi ibu pejabat serantau syarikat multinasional (MNC) serta perkhidmatan dan pembuatan berkemahiran tinggi.

IAQ Solutions Raih Anugerah Pembina Terbaik MCIEA 2024

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- IAQ Solutions Sdn Bhd menerima Anugerah Pembina Terbaik pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan (MCIEA) 2024 sebagai pengiktirafan terhadap projek kemudahan pengujian pembuatan Robert Bosch.