BERITA TERKINI   Sabotaj Negara: PDRM akan rakam keterangan 14 lagi individu bagi lengkapkan kertas siasatan - KPN | 

Terdapat 5711 berita berdasarkan kata kunci carian "kl"

Bursa Malaysia Keluarkan Pharmaniaga Daripada Status PN17 Berkuat Kuasa Esok

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia berkata Pharmaniaga Bhd akan dikeluarkan daripada status PN17 berkuat kuasa 9 pagi esok.

Projek ECRL Capai Kemajuan Pembinaan 92.62 Peratus Setakat Feb 2026 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 92.62 peratus setakat Februari 2026, selari dengan jadual penyiapan jajaran Kota Bharu, Kelantan ke Gombak, Selangor menjelang akhir tahun ini seterusnya beroperasi secara komersial bermula Januari 2027. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat terus memberi kesan kepada sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung dalam saham produk dan perkhidmatan industri, produk dan perkhidmatan pengguna serta pembinaan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan Wall Street malam sebelumnya susulan kenaikan harga minyak mentah.

BNM Dijangka Nilai Kesan Kejutan Minyak Sebelum Naikkan Kadar Faedah Kekang Inflasi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penggubal dasar berkemungkinan menilai keadaan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi yang berpunca daripada kesan konflik di Asia Barat serta lonjakan harga minyak, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan susulan konflik yang berterusan di Asia Barat.

1,700 Jadi Paras Penting Bagi Hala Tuju Pergerakan Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan memandangkan kalangan pelabur memantau rapat perkembangan di Asia Barat serta pergerakan harga tenaga global.

MIDA Ambil Alih Peranan Promosi Pelaburan InvestKL Bermula 15 Mac

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan mengambil alih peranan promosi dan kemudahan pelaburan InvestKL Corporation (InvestKL) berkuat kuasa 15 Mac 2026.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.

Bursa Malaysia Susut Di Bawah Paras 1,700 Berikutan Ketidaktentuan Global Jejas Saham

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, menyusut di bawah paras psikologi utama 1,700 mata memandangkan perkembangan geopolitik terus mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis.

Jualan EV Global Lemah, Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan bercampur-campur pada Jumaat susulan penurunan pasaran serantau dan penyusutan jualan kenderaan elektrik (EV) global, kata peniaga.