1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia menolak keras sebarang penyalahgunaan sistem perdagangan antarabangsa, termasuk pengeluaran Sijil Asal palsu atau mengelirukan yang bertujuan untuk mengelakkan tarif, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1bulan ago
Oleh Mohd Noor Azeery Idris
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Rangkaian kafe kopi premium milik anak tempatan, Richiamo Coffee Sdn Bhd merancang untuk meluaskan lagi sayapnya ke peringkat antarabangsa dengan menyasarkan lima hingga 10 pasaran global dalam tempoh lima tahun akan datang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai sasaran penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.
1bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 27 April (Bernama) -- Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) perlu teguh dalam mendukung prinsip multilateralisme dan menangani cabaran seperti dasar perlindungan perdagangan dan langkah-langkah meliputi tarif balas yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- ASEAN secara konsisten mengekalkan pendirian berkecuali dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, dan ini kekal sebagai teras kepada pendekatan diplomatik di rantau ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 3.9 peratus tahun ini berikutan cabaran global.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Sektor solar Malaysia tidak mungkin terjejas dengan ketara berikutan duti import baharu Amerika Syarikat (AS), memandangkan syarikat tempatan lazimnya tidak mengeluarkan panel solar untuk tujuan eksport.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk mencari penyelesaian terbaik dalam isu tarif balas demi kepentingan bersama, kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.3 peratus daripada 4.5 peratus berikutan prospek permintaan luar yang lemah.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada hari dagangan terakhir minggu ini disokong oleh petunjuk positif serantau dan sentimen pelabur yang memulih, walaupun hanya sedikit sahaja lagi untuk mencecah paras psikologi 1,500.
2bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral dengan menyatakan langkah sedemikian bercanggah dengan semangat multilateralisme.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong pembelian berlanjutan ke atas saham berwajaran tinggi terutama sektor perbankan, telekomunikasi dan perladangan, dalam keadaan minat pelabur yang berterusan serta prospek sektor yang optimistik.