Terdapat 263 berita berdasarkan kata kunci carian "defisit"

Pasaran Asia Catat Jualan Asing Sebanyak US$1.17 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran bagi minggu berakhir 28 Nov 2025 dengan aliran keluar berjumlah US$1.17 bilion (US$1 = RM4.13), berkurangan kira-kira 5.8 kali berbanding minggu sebelumnya.

Lebihan Akaun Perkhidmatan Petunjuk Pemulihan Ekonomi Lebih Kukuh - Perdasama

Oleh Thivyamalini Ramalu

PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Pencapaian lebihan akaun perkhidmatan yang direkodkan kerajaan baru-baru ini menjadi petunjuk jelas bahawa ekonomi negara berada pada landasan pemulihan yang lebih stabil, kata Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Mohd Azamanizam Baharon.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Dijangka Cecah RM4.10 Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, seiring dengan unjuran untuk mencecah RM4.10 menjelang akhir tahun, susulan kenyataan yang cenderung kepada penurunan kadar faedah oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah melemahkan mata wang AS itu.

Prestasi Pelaburan Yang Kukuh Petunjuk Keyakinan Pelabur Meningkat -- NCCIM

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Prestasi pelaburan negara yang kukuh menunjukkan peningkatan keyakinan pelabur terhadap hala tuju ekonomi dan kejelasan dasar Malaysia, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM). 

Ringgit Tinggi Cerminkan Asas Ekonomi Kukuh, Keyakinan Pelabur Meningkat

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengukuhan ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan keyakinan pelabur yang meningkat terhadap negara ini, kata profesor ekonomi di Sunway University Dr Yeah Kim Leng.

Risiko Hutang Negara Kekal Terkawal, Disokong Profil Tempoh Matang, Mata Wang Baik - MOF

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Risiko hutang luar negara secara keseluruhan kekal terkawal, disokong oleh profil tempoh matang dan profil mata wang yang baik, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS, Meningkat Berbanding Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini, mencerminkan pembetulan teknikal selepas keuntungannya baru-baru ini.

Ribuan Pekerjaan Barangkali Diselamatkan Melalui ART Malaysia-AS

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Ribuan pekerjaan di Malaysia mungkin dapat diselamatkan melalui Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Di Landasan Betul Untuk Capai Paras Tinggi Sasaran Pertumbuhan 2025 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.2 peratus peratus pada suku ketiga 2025 meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 pada 4.0 hingga 4.8 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Selangor Bentang Belanjawan 2026 Berjumlah RM3.23 Bilion

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Perdagangan Perkhidmatan Malaysia Catat Lebihan RM12.2 Bilion Pada S3 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perdagangan perkhidmatan Malaysia kembali mencatatkan lebihan selepas 56 suku tahun, menyokong lebihan akaun semasa pada suku ketiga 2025 berjumlah RM12.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Laporan Suku Ketiga MITI: Eksport Kukuh, Pelaburan Digital Catat Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang kukuh, dengan eksport dan pelaburan digital masing-masing mencatatkan pertumbuhan positif berlandaskan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.