Terdapat 890 berita berdasarkan kata kunci carian "anwar ibrahim "

Malaysia Pada Kedudukan Baik Tangani Impak Konflik Timur Tengah -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik bagi menangani impak ekonomi susulan konflik di Timur Tengah, termasuk sokongan daripada status negara sebagai pengeksport bersih tenaga selain mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh.

SC Kaji Rangka Kerja Simpanan Persaraan, Pindaan Undang-Undang Mungkin Perlu

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mengkaji semula mekanisme dan struktur bagi meningkatkan kawalan individu terhadap simpanan persaraan mereka berikutan sasaran untuk memperluas rangkaian tawaran berfokus persaraan untuk memudahkan pengurusan kekayaan secara lebih aktif.

SC Lancar Pelan Induk Pasaran Modal Baharu, Sasar Saiz Pasaran RM20 Trilion Menjelang 2045

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia dijangka tumbuh mencecah RM13.8 trilion hingga RM20 trilion menjelang 2045 selain berkembang secara organik RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion bagi tempoh lima tahun akan datang.

PM Anwar Akan Lancarkan Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 hari ini.

RON95 Boleh Kekal Pada RM1.99 Walaupun Harga Minyak Global Melonjak - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia mungkin dapat mengekalkan harga bahan api RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz, kata ahli ekonomi.

Malaysia Catat Pelaburan Diluluskan Tertinggi Dalam Sejarah RM426.7 Bilion Pada 2025 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara apabila jumlahnya mencecah RM426.7 bilion pada 2025, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.

RM6.2 Bilion Bayaran Balik Lebihan Cukai Dibuat Sehingga 18 Feb, 2026 – MOF

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Sebanyak 95,285 kes bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM6.2 bilion diselesaikan sehingga 18 Februari 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF). 

Harga Pengangkutan, Makanan Hadapi Tekanan Awal Daripada Konflik Timur Tengah

PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Kerajaan Kekalkan Harga Subsidi RON95 Pada RM1.99 Seliter - Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus kekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter dan tidak bercadang untuk melakukan sebarang perubahan drastik dari segi harga serta dasar ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Strategi Pasaran Dijangka Hadkan Kesan Konflik Timur Tengah Terhadap Malaysia - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kesan ekonomi terhadap Malaysia susulan konflik di Timur Tengah dijangka kekal terkawal sekiranya ketegangan itu tidak berlarutan namun ketidaktentuan pasaran dalam jangka masa terdekat tidak boleh diketepikan, kata beberapa ahli ekonomi.

Konflik Di Timur Tengah: Kerajaan Akan Berusaha Pertahan Harga RON95 - PM Anwar

PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter demi untuk rakyat Malaysia meskipun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Timur Tengah.

Pencapaian Ekonomi Negara Hasil Pengukuhan Tatakelola, Usaha Berterusan Banteras Rasuah - PM

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Pencapaian mutakhir ekonomi negara yang membanggakan, termasuk prestasi ringgit yang disifatkan antara terbaik di Asia, adalah hasil pembaharuan tatakelola dan usaha berterusan membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam.